MotoGP: Masalah Enjin Bikin Gusar Yamaha

Yamaha meraikan kejayaan di GP Andalucia baru-baru menerusi Fabio Quartararo, Valentino Rossi dan Maverick Vinales. Quartararo menghadiahkan kemenangan kedua buat Petronas Sepang Racing Team (SRT) diikuti Rossi kedua dan Vinales melengkapkan podium bagi pasukan Monster Enegery Yamaha. Bagaimanapun, disebalik kejayaan itu, pasukan masing-masing mula bimbang tatkala ketiga-tiga pelumba itu telah pun kehilangan tiga daripada lima…

Yamaha Bakal Bangunkan YZF-R25M Lawan Kawasaki ZX-25R?

Sejak Kawasaki memperkenalkan ZX-25R, jentera sportbike 250cc dengan empat silinder, kami tertanya-tanya adakah pengeluar lain akan mengikut jejak sama? Manakan tidak, impak ZX-25R cukup besar dan mengujakan peminat dua roda seluruh dunia termasuk Malaysia yang tidak perlu menaik taraf lesen untuk merasai kesyahduan 4-silinder. Kini timbul khabar angin daripada laporan negara jiran oleh iwanbanaran.com yang…

Yamaha Bakal Hasilkan Motosikal Retro Berdasarkan MT-09?

Yamaha didakwa bakal menghasilkan sebuah motosikal retro berdasarkan jentera naked popular, MT-09. Macam biasa, kalau laporan tersebut tidak diketahu asal usulnya, kami sendiri akan tepis dakwaan tersebut tetapi jika Young Machine yang dedahkan, lain pula ceritanya. Kami berasakan Young Machine mempunyai kenalan ‘orang dalam’ di Jepun. Berdasarkan gambar yang dikongsikan, pengeluar motosikal Jepun itu dikhabarkan…

“Pedrosa, Lorenzo Mungkin Kembali Berlumba Pada 2021”

Demikian kenyataan dibuat Valentino Rossi yang percaya Dani Pedrosa dan Jorge Lorenzo bakal kembali berlumba pada musim 2021. Pedrosa ketika ini memikul tugas selaku pelumba uji KTM sementera Lorenzo kembali bersatu dengan Yamaha dengan tugas sama. Kedua-dua pelumba mempamerkan tunggangan mantap ketika sesi ujian pra-musim 2020 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini. Lorenzo turut…

YZF-R25 Kini Ditawarkan Dengan Dua Warna Baharu Bagi 2020

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) menawarkan dua warna baharu bagi motosikal 250cc paling popular di Malaysia, YZF-R25. Bagi menawarkan pengalaman tunggangan yang lebih baik, dua warna tersebut adalah Matte Silver dan Matte Blue. Masih mengekalkan enjin parallel-Twin, DOHC, sejukan cecair, 250cc yang sama, model ini didatangkan dengan pelbagai ciri menarik antaranya: Fork terbalik untuk pengendalian…

MotoGP: Quartararo ‘Tapau’ Ujian Pra-Musim Di Sepang

Ujian pra-musim Winter Test di Litar Antarabangsa Sepang berakhir hari ini dengan Fabio Quartararo meneruskan kecemerlangan untuk tiga hari berturut-turut. Pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu merekodkan masa terpantas hari ini dengan 1 minit 58.349 saat. Catatan itu juga yang terpantas direkodkan Quartararo berbanding hari pertama dan kedua. Cal Crutchlow (LCR Honda)…

Saya Bukan Pengganti Rossi – Fabio Quartararo

Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli bersama-sama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) mendedahkan livery baharu bagi musim 2020, semalam. Bagaimanapun, rata-rata telah pun mula membayangkan pelumba muda Perancis itu mengenakan racing suit dan jentera Factory Yamaha tahun depan. Quartararo disahkan menjadi gandingan baharu Maverick Vinales di Yamaha bermula 2021 sekaligus menggantikan Valentino Rossi. Namun,…

Yamaha NVX 2020 Tampil Dengan Tiga Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) mengumumkan tiga warna baharu bagi skuter popular, Yamaha NVX 155, hari ini. Skuter bersesaran 155cc itu kini didatangkan dengan tiga warna pilihan, merah, kuning dan biru. Ketiga-tiga warna ini boleh didapati di semua pengedar rasmi Yamaha bermula Februari ini. Sementara itu, spesifikasi NVX 2020 masih lagi sama seperti model sebelumnya…