MotoGP: Vinales Menang Aksi Pembukaan, Rossi-Morbidelli Bergelut

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Valentino Rossi dan Franco Morbidelli, seakan bergelut sepanjang perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail yang menyaksikan Maverick Vinales muncul pemenang selepas 20 lap. Pelumba Pramac (Ducati), Johann Zarco serta pelumba factory Ducati, Francesco Bagnaia, melengkapkan podium kedua dan ketiga. Bagaimanapun, berbeza kisahnya buat pelumba Petronas SRT, Rossi dan…

Yamaha YZF-R7 OW-02 1999 Dengan Perbatuan Kosong Ini Untuk Dijual – RM345,300!

Bulan lalu, terdapat laporan seorang pengumpul motosikal di United Kingdom menawarkan beberapa motosikal untuk dijual antaranya Kawasaki ZX7-RR 1996 serta sebuah Ducati 1299 Superleggera 2014. Kini, individu terbabit turut menawarkan sebuah jentera edisi terhad keluaran 1999, Yamaha YZF-R7 OW-02. Terhad kepada 500 unit seluruh dunia, jentera bernadikan enjin 750cc ini dijual pada harga GBP59,995 (RM345,300)….

Yamaha Sah Bangunkan YZF-R7, Kongsi Enjin MT-07

Baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan Yamaha Motor Co. Ltd bakal bangunkan sebuah motosikal baharu dengan nama YZF-R7. Dalam perkembangan terkini, Yamaha disahkan bakal memperkenalkan motosikal tersebut menerusi dokumen CARB yang telah difailkan di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, motosikal tersebut bukanlah meneruskan sejarah R7 dengan enjin 750cc 4-silinder yang pernah gah satu ketika dulu. Sebaliknya, dokumen…

Yamaha Bakal Bangunkan MT-07 Versi Fairing Penuh?

Yamaha telah pun menghentikan pengeluaran YZF-R6 ekoran peraturan ketat membabitkan piawaian Euro 5 di Eropah. Namun, model itu akan terus dibina untuk kegiatan litar lumba sahaja sebagai model bukan homologasi. Walaupun tindakan itu menerima kritikan namun melihat kepada keadaan semasa, segmen motosikal sportsbike 600cc semakin kurang mendapat perhatian. Bagaimanapun, Yamaha didakwa bakal mengikut langkah Aprilia,…

MotoGP: Morbidelli Kempunan Jentera Factory, Yamaha Beri Penjelasan

Franco Morbidelli merupakan satu-satunya pelumba Yamaha musim 2021 yang tidak akan beraksi dengan jentera factory. Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu sebaliknya akan kekal dengan jentera A-spec YZR-M1 meskipun merekodkan tiga kemenangan dan menamatkan musim 2020 dibelakang juara, Joan Mir. Prinsipal pasukan Yamaha, Lin Jarvis, tampil memberi penjelasan mengenai situasi motosikal Morbidelli. “Spesifikasi…

Yamaha Exciter 155 VVA 2021 Dilancarkan Di Vietnam – 6-Kelajuan, 17.7HP!

Yamaha Motor Vietnam dengan rasminya melancarkan Exciter 155 VVA serba baharu untuk pasaran negara itu. Exciter (Y15-ZR di Malaysia) kini tampil dengan enjin lebih besar dan dipadankan dengan sistem VVA (variable valve actuation). Mendapat inspirasi daripada ‘abang besar’ Yamaha YZF-R1, rekaan keseluruhan Exciter 155 VVA ini tampil lebih agresif dan moden terutamanya bahagian depan yang…

Yamaha Lancar YZF-R25 2021 Di Jepun, Tiada Lagi Varian Tanpa ABS

Motosikal sportsbike popular Yamaha, YZF-R25 mendapat pilihan warna baharu bagi tahun 2021. Tiga warna ditawarkan; Cyan dan Matte Dark Gray Metallic manakala warna Yamaha Blue dikekalkan daripada model sebelumnya. Selain daripada kemas kini warna, Yamaha turut menghentikan pengeluaran model tanpa sistem Anti-lock Braking System (ABS) sekaligus menyaksikan model akan datang akan dilengkapi sistem ABS sahaja….

Ini Rekaan Baharu Yamaha MT-10 2021?

Pelaksanaan Euro 5 menyaksikan Yamaha memperkenalkan MT-07 dan MT-09 serba baharu bagi 2021. Namun, pengeluar motosikal Jepun itu masih kunci mulut mengenai model yang berkongsi platform YZF-R1, MT-10. Yamaha MT-10 masih belum menjalani perubahan rekaan sejak 2016 dengan hanya beberapa kemas kini dilaksanakan selepas itu. Bagaimanapun, menyaksikan reka bentuk MT-07 dan MT-09 dirombak secara keseluruhan…

Ini (Mungkin) 12 Motosikal Yang Bakal Masuk Malaysia 2021!

Tahun 2020 semakin hampir untuk melabuhkan tirai namun itu tidak menjadi penghalang buat pengeluar motosikal dunia berkejar-kejar dalam memperkenalkan model baharu. Senario itu selain daripada berpunca dari pelaksanaan Euro 5 di Eropah, tahun 2021 dijangka bakal berlakunya permintaan tinggi terhadap jentera dua roda susulan pandemik Covid-19 ketika ini seperti yang dilaporkan Frost & Sullivan. Malaysia…