Seorang cikgu sekolah bersama seorang tukang masak telah ditahan pihak polis di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang gara-gara terlibat dalam perlumbaan haram, Sabtu lalu. Cikgu dan tukang masak tersebut yang masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha YZF-R1 dan Aprilia RSV4 ditahan di simpang Jalan Kampung Jawa ke Medan Selera Kampung Jawa sekitara jam…
Tag: Yamaha YZF-R1
Model Yamaha YZF-R1 generasi yang akan datang dijangka bakal dilengkapi dengan teknologi MotoGP. Ia barangkali akan didatangkan dengan transmisi ‘seamless’, VVT/L dan aci engkol putar berlawanan. Model YZF-R1 kekal sama sejak lima tahun yang lalu.
Model Yamaha YZF-R1 GYTR telah habis dijual ke semuanya dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Kru pasukan Yamaha Racing Team yang telah memenangi perlumbaan Suzuka 8-Hours Endurance bertanggungjawab dalam pembinaannya. Hanya 20 buah unit yang ditawarkan pada harga €39,500.
Seorang penunggang motosikal telah menawarkan motosikal Yamaha R1-nya kepada polis bagi mengejar seorang saspek langgar lari. Dia memutuskan untuk membantu setelah melihat pemandu trak pikap merempuh sekatan jalan raya polis. Dia bersama anggota polis berkenaan telah mengejar trak tersebut dan berjaya menghentikannya.
Juara bertahan dan pemegang takhta kejohanan Formula 1 lima kali, Lewis Hamilton, telah terbabas sewaktu menunggangi motosikal superbike di atas litar. Dia telah ditemani oleh para penunggang bagi pasukan Yamaha WorldSBK, Alex Lowes dan Michael van der Mark. Dia kemudiannya telah meluahkan rasa sayangnya terhadap motosikal dan membuat satu permintaan buat Valentino Rossi.
Paten Yamaha untuk transmisi “seamless” kegunaan jalan raya bagi model YZF-R1 telah tersebar di atas talian. Transmisi lancar ini merupakan satu revolusi sewaktu Honda memperkenalkannya pada jentera MotoGP mereka. Transmisi ini direka bagi memberikannya pacuan yang ‘lancar’.
Pasukan PATA Yamaha Official WorldSBK telah memperkenalkan jentera perlumbaan mereka bagi musim ini, iaitu Yamaha YZF-R1 2018. Pelancarannya itu telah dibuat sempena ujian pra musim WorldSBK yang berlangsung di Portimao, Portugal. Kedua-dua penunggang utama pasukan tersebut, Alex Lowes dan Michael van der Mark telah bersedia untuk memberikan kemenangan perlumbaan yang pertama buat Yamaha sejak…
Semasa perlumbaan pertama untuk Pusingan Pireli Riviera Di Rimini WorldSBK di Misano, perlumbaan penuh aksi itu ditamatkan dengan Tom Sykes, Alex Lowes, dan Jonathan Rea melintasi garisan penamat di tempat teratas. Ketika pusingan terakhir, Chaz Davies, Jonathan Rea, dan Marco Melandri yang mendahului perlumbaan pada ketika itu sebelum Melandri terbabas pada pertengahan pusingan itu….