Helmet MotoGP Hafizh Syahrin – “Jalur Gemilang”

Rekaan helmet MotoGP Hafizh Syahrin bertumpukan hakikat bahawa dia adalah penunggang Malaysia pertama dalam kelas premier MotoGP. Bergelar “Jalur Gemilang”, helmet X-Lite X-803 Ultra Carbon miliknya itu mengibarkan bendera Malaysia di mata dunia. Buat masa ini, Hafizh Syahrin berada di posisi yang baik sekali untuk memenangi anugerah ‘MotoGP Rookie of the Year’.