Juara WorldSSP lima kali, Kenan Sofuoglu telah mengalami kecederaan retak pada tulang pinggulnya di tiga tempat sewaktu sesi kelayakan pada hari Sabtu lalu apabila dia terbabas di Litar Magny Cours di Perancis. Penunggang berusia 33 tahun dari Turki itu sudah hampir pasti melayakkan dirinya di barisan hadapan perlumbaan sebelum dia terbabas dan telah diisytiharkan…
Tag: WorldSBK
Jonathan Rea dan Kawasaki telah dinobatkan sebagai Juara WorldSBK 2017. Kemenangan ke-12 bagi musim ini buat Johnny Rea dan KRT. Rea telah mencipta sejarah sebagai penunggang pertama memenangi tiga kejohanan WorldSBK secara berturut-turut.
Juara Dunia sembilan kali MotoGP, Valentino Rossi (Movistar Yamaha), akan cuba untuk bersaing pada hujung minggu ini di pusingan ke-14 di Aragon, Sepanyol. Penunggang berusia 38 tahun dari Itali itu telah mendapat keputusan yang amat positif sesudah menjalani penilaian kecergasan di atas jentera Yamaha YZF-R1M di litar Misano World Circuit beberapa hari yang lalu. Selepas…
Penunggang bagi pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi telah melakukan empat pusingan kelmarin di Misano di atas jentera Yamaha YZF-R1M yang juga merupakan sebahagian daripada ujian kecergasannya. Juara Dunia sembilan kali itu tidak sabar untuk meneruskan cabaran kejohanan 2017-nya setelah terpaksa berehat pada pusingan MotGP yang lalu oleh kerana kecederaan yang mengakibatkan keretakan berganda pada…
Perlumbaan WorldSSP300 pada hujung minggu lalu di Portugal menyaksikan Ana Carrasco (ETG Racing) mencipta sejarah sebagai penunggang wanita pertama memenangi perlumbaan motosikal Kejohanan Dunia. Penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu bertarung dengan hebat di sepanjang perlumbaan dan berjaya merangkul kemenangannya itu di selekoh terakhir dan melintasi garisan penamat di tempat pertama. Ketika ini, penunggang…
Desas-desus telah tersebar mengenai usaha untuk memancing juara WorldSBK, Jonathan Rea untuk menyertai Suzuki dalam siri MotoGP. Dengan prestasi penunggang utama semasa SUZUKI ECSTAR, Andrea Iannone, tidak mencapai tahap yang mereka harapkan, Dorna dan Suzuki dikatakan sedang dalam perbincangan dalam usaha untuk mendapatkan khidmat Juara Dunia WorldSBK itu. Sekiranya perpindahan ini berjaya, terdapat satu…
Penunggang bagi pasukan pengilang WorldSBK Yamaha, Michael van der Mark telah dipilih untuk menggantikan Valentino Rossi yang telah tercedera bagi pusingan MotoGP yang berikutnya di Aragon pada 24 September 2017. Penunggang berusia 24 tahun yang berasal dari Belanda itu bakal membuat kemunculan MotoGP yang pertama kalinya di atas jentera Yamaha YZF-M1 dengan sokongan daripada…
Ducati akhirnya telah melancarkan enjin V4 Desmosedici Stradale terbaru mereka semalam pada permulaan pusingan MotoGP San Marino di Misano. Versi jalanraya yang dihasilkan dari usaha MotoGP Ducati ini dikatakan mampu menghasilkan 210hp pada 13,000rpm dan 120Nm tork pada 12,250rpm….
Telah terbit satu gambar yang menarik yang tersebar di beberapa buah platform media sosial yang mengatakan ianya mungkin sekali sebuah motosikal superbike Ducati Panigale V4. Dijana oleh enjin V4 “Desmosedici Stradale” atau “Desmosedici Jalanraya”, enjin ini bakal diperkenalkan pada hujung minggu ini sewaktu pusingan MotoGP di Misano. Walaupun motosikal itu sudah pun pecah tembelangnya disebabkan…