Isu berkenaan dengan kelengkapan aerodinamik dalam MotoGP bertambah hangat apabila Ducati memberi amaran akan mengusulkan bantahan terhadap winglet Honda. Menurut Ducati, winglet Honda mendatangkan bahaya atas beberapa sebab. Isu ini timbul kerana penglibatan Honda dalam bantahan penggunaan winglet Ducati pada lengan ayun jentera GP19 di Qatar.
Tag: Winglet
Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso mendominasi saingan pembukaan MotoGP di Litar Losail,Qatar namun sebaik perlumbaan berakhir, empat pasukan telah menyatakan bantahan terhadap kemenangan tersebut. Segalanya berpunca daripada ‘winglet’yang diletakkan di bahagian depan tayar belakang. Ducati mempertahankan penggunaan alat itu dengan alasan alat tersebut bertindak menyejukkan tayar bagaimanapun, pasukan yang menyatakan bantahan berpendapat ‘winglet’tersebut menghasilkan ‘downforce’ –…