Gigi Dall”Igna dan Ducati telah mengadakan satu sidang akhbar bagi memberikan penjelasan mengenai winglet lengan ayun sebelum bermulanya hujung minggu MotoGP Argentina. Data mendedahkan yang alat tersebut menyejukkan tayar belakang dengan purata 7º dan memberikan daya ‘downforce’ yang boleh diabaikan serendah 300 gram. Dall’Igna turut menyatakan yang Ducati mendapat ilham dari penempias air buatan Yamaha.
Tag: winglet lengan ayun
Mahkamah Rayuan MotoGP telah memutuskan yang winglet lengan ayun Ducati tidak menyalahi peraturan. Ianya berikutan dengan bantahan yang dikemukakan oleh empat pengeluar selepas perlumbaan MotoGP Qatar. Keputusan ini bermakna yang Andrea Dovizioso mengekalkan kemenangan, mata, dan kedudukannya dalam anak tangga kejohanan.