Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal yang dirakam melakukan aksi ‘wheelie’ dalam satu rakaman video yang tular baru-baru ini. Video berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang lelaki berbaju melayu bersama seorang wanita berbaju kurung melakukan ‘wheelie’ di Jalan Pasir Puteh, Kg Peringat, Kota Bharu,…
Tag: Wheelie
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan beberapa mat rempit yang dirakam menunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor. Video berdurasi 20 saat itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi melakukan aksi ‘wheelie’ di samping menunggang secara berbahaya. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, pihaknya menerima rakaman video tersebut pada jam…
Polis sedang mengesan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi yang didapati menunggang secara berbahaya di jambatan kedua Pulau Pinang. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal yang turut memaklumkan nombor pendaftaran motosikal yang dirakam melakukan aksi ‘wheelie’ juga telah dikenal pasti. “Satu laporan diterima dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1)…
Polis Johor Bahru Utara telah menahan seorang lelaki yang dirakam menunggang motosikal secara merbahaya sambil membonceng seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anaknya. Aksi ‘wheelie’ lelaki tersebut turut tular di media sosial. Penahanan lelaki tersebut telah pun disahkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid. Lelaki terbabit didapati melakukan aksi wheelie sambil menunggang motosikal…
Seorang gadis berusia 21 tahun telah ditahan polis apabila aksinya melakukan ‘wheelie’ tular di media sosial. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah yang memaklumkan bahawa remaja perempuan itu telah ditahan bersama seorang lelaki berusia 16 tahun. Tangkapan dibuat setelah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)…
Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan dan denda RM5,000 terhadap seorang remaja 21 tahun gara-gara melakukan aksi berbahaya di jalan raya awam. Adzrul Adzman berdepan hukuman tersebut selepas didapati bersalah melakukan ‘wheelie’ di Jalan Kota Kinabalu-Papar, berhampiran JKR Putatan sekitar jam 1.20 pagi, 12 Ogos lalu. Menurut laporan Daily Express, Adzrul mendakwa…
Masaru Abe dari Jepun telah mencipta rekod dunia baru bagi wheelie terpanjang dengan 500.5322km pada 1 Mei 2017. Dia menyempurnakan cubaannnya dalam masa melebihi 13 jam di atas jentera skuter Yamaha Jog 50cc. Jarak itu bagaikan dia melakukan perjalanan dari Kuala Lumpur hinggalah ke Perlis dengan satu roda di udara sepanjang perjalanan!