Ketua Pegawai Eksekutif VW Group, Herbert Diess, mengesahkan bahawa syarikat konglomerat itu tidak merancang untuk menjual Ducati. Pengesahan itu dibuat bagi menjawab dakwaan bahawa jenama motosikal Itali itu akan dijual bersama-sama Lamborghini. Desas-desus penjualan Ducati telah berjalan selama beberapa bulan dengan pelbagai laporan diterbitkan susulan timbul dakwaan VW mahu meningkatkan nilai saham dengan menjual jenama…
Tag: VW Group
Terdapat sebuah pelan yang menunjukkan kemunculan sebuah motosikal elektrik Ducati di pasaran menjelang tahun 2030. VW Group telah mengumumkan di Frankfurt Auto Show mengenai inisiatif hijau terbaru mereka yang dinamakan “Roadmap E”. Inisiatif ini dirancang bagi mempelbagaikan setiap satu jenama permotoran di bawah naungannya itu dengan sekurang-kurangnya sebuah kenderaan elektrik menjelang tahun 2030.