Tag: Volkswagen Group
Menurut khabar angin yang baru tersebar, besar kemungkinan Ducati akan berpindah milik sekali lagi. Berita ini muncul semula setelah Volkswagen Group melantik Ketua Pegawai Eksekutif mereka yang baru, Herbert Diess, juga dikenali dengan nama timangan “The Cost Killer”. Matlamat utama Diess adalah untuk memastikan keseluruhan operasi perniagaan VW berada di haluan yang sebenar bagi tahun…
Terdapat sebuah pelan yang menunjukkan kemunculan sebuah motosikal elektrik Ducati di pasaran menjelang tahun 2030. VW Group telah mengumumkan di Frankfurt Auto Show mengenai inisiatif hijau terbaru mereka yang dinamakan “Roadmap E”. Inisiatif ini dirancang bagi mempelbagaikan setiap satu jenama permotoran di bawah naungannya itu dengan sekurang-kurangnya sebuah kenderaan elektrik menjelang tahun 2030.
Laporan terkini yang telah dibuat oleh Reuters menyatakan bahawa Ducati tidak akan ditempatkan di atas papan pembidaan susulan satu mesyuarat oleh lembaga penyeliannya. Lembaga ini yang terdiri daripada pengurusan korporat dan juga perwakilan tenaga kerja telah mencapai kata sepakat yang mereka tiada sebab yang besar mengapa mereka perlu menjual Ducati. Berikutan peningkatan jualan…
Laporan terkini dari Reuters menunjukkan beberapa lagi nama telah muncul sebagai bakal pemilik baru Ducati. Buat masa ini, pilihan terbaru yang mendahului perang pembidaan adalah keluarga Benetton dari Itali yang merupakan orang yang sama menerajui United Colors of Benetton. Firma-firma lain seperti Bajaj, Polaris, Harley-Davidson dan Eicher Motors masih lagi berpeluang memiliki Ducati yang kini…
Menurut laporan terkini, Harley-Davidson telah diwar-warkan ingin membuat bidaan untuk mengambil alih Ducati dari Volkswagen Group. Volkswagen yang telah merancang untuk melunaskan beberapa aset utama mereka termasuk Ducati semenjak skandal emisi mereka pada tahun 2015 yang lalu. Pembidaan untuk memiliki Ducati telah ditetapkan pada €1.5 Billion (kira-kira RM7.2 Billion) yang mana VW akan mula…