Vespa Malaysia Tawar Pilihan Warna Baharu Bagi 2021

Didi Resources selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia memperkenalkan barisan warna baharu bagi semua model 150cc hingga 300cc. Kesemua warna baharu ini membabitkan model Sprint, Primavera dan GTS. Warna baharu ini terdiri daripada: Grey Delicato (Primavera S/GTS Supertech) Orange Tramonto (Sprint) Blue Audace (Sprint S) Grey Materia (GTS Supersport) Bagi meninjau dengan lebih dekat…

Vespa GTS 300 HPE Super Tech Mendarat Di Malaysia – RM33,300!

Didi Resources Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia telah pun melancarkan GTS 300 HPE Super Tech. Ini merupakan model GTS 300 paling berkuasa dan tercanggih dalam sejarah Vespa susulan mendapat suntikan GTS Super Tech yang merangkumi unit High Performance Engine (HPE) dan paparan TFT berwarna. Dari aspek rekaan, rupa keseluruhan GTS 300…

Joe Flizzow Antara Pemilik Baharu Vespa X Sean Wotherspoon Di Malaysia

Rapper popular, Joe Flizzow muncul antara pemilik Vespa Primavera x Sean Wotherspoon di Malaysia. Perkara itu disahkan menerusi perkongsian di Facebook oleh Hup Seng Bikerz yang mengucapkan terima kasih kepada penyanyi itu yang hadir membuat pembelian. Berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik, Joe Flizzow tampil memakai Nike AirMax 97 X Sean Wotherspoon dan topi Nike…

Pusat 3S Vespa Kuching Dilancarkan Di Sarawak!

Selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, Didi Resources berbesar hati melancarkan pusat pameran Vespa sulung di Sarawak. Pelancaran Yong Sport Motor selaku Vespa Kuching menandakan pencapaian terbaru Didi Resources sebagai pusat 3S Vespa pertama yang dibuka di Kuching, Sarawak. Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo mengucapkan terima kasih ke atas Yong Sport Motor (Vespa…

Vespa Primavera X Sean Wotherspoon Kini Di Malaysia – RM24,960!

Setelah sekian lama gambar kolaborasi di antara Vespa dan Sean Wotherspoon tular, akhirnya Vespa Primavera X Sean Wotherspoon dilancarkan di Malaysia. Vespa Primavera X Sean Wotherspoon ini mencuri perhatian apabila julung kalinya dipertontonkan kepada dunia di Milan tahun lalu. Dunia hypebeast dan peminat barangan vintaj mengenali Sean Wotherspoon sebagai ikon dunia fesyen vintaj Amerika Syarikat….

Vespa Primavera RED Dilancarkan Di Malaysia – RM19,500

Didi Resources selaku pengedar rasmi Vespa di Malaysia melancarkan Vespa Primavera RED edisi terhad yang lahir hasil kerjasama dua hala RED dan program Vespa for Children. Vespa Primavera RED 150 edisi terhad ini menawarkan pilihan warna serba merah termasuk di bahagian rim lantas menjadikan model ini serba unik. Turut menonjolkan lagi rupa keseluruhan model ini…

Vespa Malaysia Lancar Sei Giorni II Edition – RM34,500!

Sempena dengan Vespa Day Malaysia yang dianjurkan di Lost World of Tambun, Didi Resources selaku pengedar jenama Vespa di Malaysia melancarkan Sei Giorni II Edition, hari ini. Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo, menyifatkan sambutan Vespa Day kali ini istimewa tatkala seiring dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang berlangsung esok. “Hari ini cukup istimewa, kami menggunakan…

Vespa X Dior 946: Ini Baru Hypebeast!

Jenama Vespa dan Dior berkongsi satu persamaan dengan kedua-duanya ditubuhkan pada tahun 1946. Bagaimanapun, kedua-dua jenama itu tidak pernah menjalinkan sebarang kolaborasi, sehinggalah hari ini apabila Vespa dan Dior bekerjasama dalam menghasilkan skuter edisi terhad 946. Vespa 946 merupakan model perdana dalam keluarga Vespa dan terkenal sebagai skuter pilihan pereka Itali, Giorgio Armani. Memasuki tahun…