Menghargai sokongan terhadap jenama Vespa di Selatan tanah air, Vespa Malaysia telah membuka pusat 3S serba lengkap di Johor Bahru. Perkara itu disahkan pihak Didi Group, selaku pengedar rasmi skuter Vespa di Malaysia. Pelancaran Vespa Skudai (Ng Brothers Motor) itu menandakan satu pencapaian baharu bagi jenama Itali itu di Malaysia kerana menjadi pusat 3S sulung…
Tag: Vespa Malaysia
Pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, Didi, telah pun merasmikan pembukaan Vespa Kota Kinabalu di Sabah. Pusat pameran terbaru itu menawarkan barisan model Vespa serba lengkap yang turut merangkumi pusat servis buat pemilik Vespa di negeri itu. Menariknya, perasmian Vespa Kota Kinabalu (Stunning Bike) juga menandakan julung kalinya sebuah pusat 3S Vespa dibuka di Sabah….
Vespa Primavera 150 dan GTS 300 edisi khas sempena sambutan ulang tahun ke-75 Vespa telah pun tiba di Malaysia. Kedua-dua model ini hanya akan ditawarkan bagi tahun 2021 sahaja sejajar dengan ulang tahun jenama motosikal Itali itu yang menyaksikan lebih 19 juta motosikal dihasilkan sejak 1946. Model edisi khas ini tampil dengan pilihan warna Giallo…
Didi Resources selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia memperkenalkan barisan warna baharu bagi semua model 150cc hingga 300cc. Kesemua warna baharu ini membabitkan model Sprint, Primavera dan GTS. Warna baharu ini terdiri daripada: Grey Delicato (Primavera S/GTS Supertech) Orange Tramonto (Sprint) Blue Audace (Sprint S) Grey Materia (GTS Supersport) Bagi meninjau dengan lebih dekat…
Rapper popular, Joe Flizzow muncul antara pemilik Vespa Primavera x Sean Wotherspoon di Malaysia. Perkara itu disahkan menerusi perkongsian di Facebook oleh Hup Seng Bikerz yang mengucapkan terima kasih kepada penyanyi itu yang hadir membuat pembelian. Berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik, Joe Flizzow tampil memakai Nike AirMax 97 X Sean Wotherspoon dan topi Nike…
Selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, Didi Resources berbesar hati melancarkan pusat pameran Vespa sulung di Sarawak. Pelancaran Yong Sport Motor selaku Vespa Kuching menandakan pencapaian terbaru Didi Resources sebagai pusat 3S Vespa pertama yang dibuka di Kuching, Sarawak. Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo mengucapkan terima kasih ke atas Yong Sport Motor (Vespa…
Sempena pelancaran Vespa Racing Sixties di Malaysia baru-baru ini, Vespa Malaysia telah menganjurkan jelajah seluruh negara yang telah pun bermula awal bulan ini di Motoplex Petaling Jaya. Motoplex Petaling Jaya merupakan rumah baharu bagi jenama Piaggio di Malaysia. Hari pertama jelajah tersebut mengumpulkan tak kurang 100 pemilik Vespa seluruh negara termasuk Presiden Vespa Club Malaysia,…
Generasi terkini model Vespa Sprint 150 ABS telah dilancarkan pada tahun lepas bersama dengan saudaranya, model Primavera 150 dan GTS 300 SuperSport. Model Vespa paling sporty ini didatangkan dengan enjin satu silinder i-Get 155cc terkini yang menawarkan prestasi dan tahap penggunaan bahanapi yang memuaskan. Di sini kami ingin menjawab persoalan sama ada model Sprint 150…
Naza Premira Sdn Bhd iaitu pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia telah melancarkan dua model edisi khas Notte hari ini iaitu Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS dan Vespa Notte GTS Super 300 ABS untuk permulaan 2019. Model istimewa Notte ini direkabentuk berasaskan unsur kepakaran teknikal dan mekanikal yang digunakan dalam pembinaan semua Vespa moden.