Pusingan MotoGP di Mugello semalam menyaksikan Andrea Dovizioso (Ducati Team) menjadi penunggang Itali yang pertama memenangi GP Itali di atas motosikal buatan Itali. Kemenangan ini melonjakkan ‘DesmoDovi’ ke kedudukan kedua dalam kutipan mata dengan 79 mata dibelakang peneraju kejohanan yang juga di tempat kedua perlumbaan, Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP). Danilo Petrucci (OCTO Pramac Racing)…
Tag: Valentino Rossi
Wakil perubatan dari FIM, Litar Mugello dan MotoGP semuanya telah mengesahkan bahawa Valentino Rossi cukup sihat untuk berlumba hujung minggu ini di Gran Premio d’Italia Oakley, Mugello. Berita ini menggembirakan peminat Rossi setelah dia terlibat dalam satu insiden motocross ysng menyebabkan kecederaan serius beberapa hari lalu. Antara kecederaan yang dialami Valentino Rossi termasuk kecederaan serius…
Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) menunggang dengan hebat sekali semalam semasa HJC Helmets Grand Prix de France di Le Mans yang menjadikan 3 kemenangan dari 5 perlumbaan dalam musim ini. Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) dan Marc Marquez (Repsol Honda) telah terbabas ketika perlumbaan semalam, memberi kesan kepada kedudukan tangga kejohanan mereka. Viñales kini mendahului…
Sesi kelayakan MotoGP semalam menyaksikan barisan hadapan dipenuhi Yamaha dimana Maverick Viñales dan Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) akan bermula di hadapan hari ini. Mereka akan memulakan perlumbaan hari ini bersama dengan harapan para peminat Perancis, anak watan mereka iaitu Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) yang melalui Q1 dan Q2 dengan penuh sensasi di…
Perlumbaan MotoGP ke-3000 menyaksikan Dani Pedrosa (Repsol Honda) kekal sempurna dari awal hingga ke akhir perlumbaan untuk kemenangan yang klasik di Gran Premio Red Bull de España. Marc Marquez (Repsol Honda) dan Jorge Lorenzo (Ducati Team) melengkapkan podium yang dipenuhi dengan penunggang Sepanyol di hadapan penyokong senegara mereka di Jerez. Jorge Lorenzo telah berjaya menduduki…
Pusingan keempat MotoGP Gran Premio Red Bull de España di Jerez akan menyaksikan Dani Pedrosa (Repsol Honda) bermula di petak pertama di hadapan teman sepasukan, Marc Marquez. Cal Crutchlow (LCR Honda) melengkapkan barisan hadapan yang dikuasai Honda di hadapan Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) yang akan bermula di P4. Andrea Iannone (Team SUZUKI…
Penunggang baru MotoGP 2017 Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) dengan pantas menarik minat ramai dalam tiga pusingan pertama musim ini. Susulan permulaan yang hebat di Qatar dimana dia mendahului perlumbaan sebelum terbabas, Zarco menamatkan GP Argentina dan GP Amerika di kedudukan kelima. Penunggang berusia 27 tahun itu sedang berusaha untuk mengemudi jentera…
Baru-baru ini Danny Kent telah mengumumkan keberangkatannya dari pasukan Moto2 Kiefer Racing kerana kesukaran yang berpanjangan semenjak kemunculannya di Moto2 musim lepas. “Ia merupakan satu masa yang sukar sejak menyertai pasukan ini dan saya tidak rasa yang saya boleh capai potensi saya, jadi saya memutuskan untuk menarik diri.” “Ia mematahkan hati saya sebagai seorang manusia…
Dainese menerima tiga Anugerah Rekabentuk Red Dot di bawah kategori Rekabentuk Produk 2017 untuk rekaan Mugello R D-air® sut perlumbaannya, helmet AGV Pista GP R-nya dan produk perlindungan terbaru Pro-Armor. Mereka juga telah dianugerahkan ‘Excellence of the Year/Innovation and Leadership’ dari Aungerah Le Fonti dalam kategori Pakaian Perlindungan Teknologi Tinggi.