Penunggang bagi pasukan pengilang WorldSBK Yamaha, Michael van der Mark telah dipilih untuk menggantikan Valentino Rossi yang telah tercedera bagi pusingan MotoGP yang berikutnya di Aragon pada 24 September 2017. Penunggang berusia 24 tahun yang berasal dari Belanda itu bakal membuat kemunculan MotoGP yang pertama kalinya di atas jentera Yamaha YZF-M1 dengan sokongan daripada…
Tag: Valentino Rossi
Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) telah disahkan tidak akan mengambil bahagian dalam GP San Marino pada hujung minggu ini. Ini bermakna yang Rossi tidak akan berlumba di perlumbaan halamannya disebabkan oleh kecederaan yang dialami pada kaki kanannya semasa satu sesi latihan enduro pada minggu lalu. Rossi telah dinasihatkan untuk berehat sepenuhnya selama dua perlumbaan…
Andrea Dovizioso (Ducati Team) telah merangkul kemenangan MotoGP keempatnya di GP British semalam yang diadakan di Litar Silverstone. Maverick Vinales (Movistar Yamaha MotoGP) dengan percaturan tayar belakang lembutnya telah membuahkan hasil apabila dia merentasi garisan penamat di tempat ke-dua di hadapan teman sepasukan, Valentino Rossi yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga. Marc Marquez (Repsol…
‘Surat cinta’ Rossi yang telah ditujukan kepada Yamaha kini akan dilelong di sebuah laman sesawang Australia bagi mengumpul derma untuk satu inisiatif bergelar “A Cure for Freyja”. Lelongan atas talian ini akan bermula esok pada 2 Ogos 2017 dan orang ramai mempunyai peluang untuk memiliki beberapa memorabilia yang teramat jarang dari MotoGP, Moto2, dan…
Ketika pusingan Cub Prix Malaysia pada hujung minggu lalu yang diadakan di MAEPS Serdang, Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia dengan bangganya mempamerkan Yamaha NVX 2017-nya buat kali pertama untuk khalayak ramai. Ruang utama telah dikhaskan untuk mempromosikan skuter terbaru mereka yang turut menyaksikan satu pertunjukan lagak ngeri menggunakan sebuah skuter perlumbaan Yamaha…
Pusingan MotoGP Jerman menyaksikan Marc Marquez (Repsol Honda) meneruskan penguasaannya di Sachsenring dengan kemenangan bergaya dari petak pertama. Namun, Jonas Folger (Monster Yamaha Tech 3) telah mencuri perhatian semua dengan persembahan yang menakjubkan di hadapan penonton tuan rumah, dan berjaya merangkul tempat kedua. Pelumba rookie MotoGP itu memberikan saingan yang hebat kepada Marquez, malah…
Perlumbaan MotoGP pada hujung minggu yang lalu menyaksikan Andrea Dovizioso (Ducati Team) memenangi perlumbaan dengan begitu selesa di GP Sepanyol di hadapan pasangan penunggang pasukan Repsol Honda, Marc Marquez dan Dani Pedrosa. Kemenangan ini merupakan kali pertama Ducati memenangi dua perlumbaan berturut-turut sejak 2010 ketika legenda MotoGP, Casey Stoner, masih berlumba dengan mereka. Jorge…
Juara dunia sembilan kali Valentino Rossi telah menyifatkan Litar Antarabangsa Chang sebagai membosankan. Reaksi ini adalah tindak balasnya kepada laporan yang mengatakan Thailand mungkin menjadi negara Asia yang ketiga menganjurkan perlumbaan MotoGP di litar yang terletak di Buriram.