Harga bagi model Moto Guzzi V85 TT 2019 bagi pasaran Amerika Syarikat telah pun didedahkan. Motosikal V85 TT ini dilengkapi dengan pelbagai ciri bagi menyaingi model yang lain dalam kategorinya. Ianya ditetapkan pada harga yang amat menggiurkan berbanding dengan para pesaingnya.
Tag: V85 TT
Moto Guzzi secara rasminya telah melancarkan model V85 TT di pertunjukan motosikal Intermot. Motosikal ini menggunakan enjin 850cc yang baharu. Moto Guzzi juga turut memperkenalkan motosikal ini dalam kemasan warna yang baharu.
Model Moto Guzzi V85 TT akan menggantikan model Stelvio 1200 yang dibatalkan pengeluarannya. Gambar-gambar versi yang akan dikilangkan ini menonjolkan kebolehan ‘off-road’nya itu. Motosikal V85 TT versi pengeluaran pasti akan membuat kemunculan sewaktu pertunjukan EICMA pada bulan November akan datang.