Toyota Harrier Generasi Ke-4 Dirasmikan – RM250 Ribu!

UMW Toyota dengan rasminya melancarkan Harrier 2021 untuk pasaran tempatan. Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, model generasi ke-4 ini menawarkan pengayaan yang lebih menonjol. “Harrier serba baru ini tampil dengan elemen lebih beremosi, elegan dan ekspresif dan akan akan terus menarik perhatian sepertimana yang dilakukan generasi sebelumnya,” jelasnya. Bagi tahun 2021, bahagian depan…

17,000 Unit Toyota Dan Lexus Berjaya Dijual Pada Suku Pertama 2021

UMW Toyota berjaya merekodkan jualan 17,000 unit bagi model Toyota dan Lexus pada Suku Pertama (Q1) 2021. Angka itu menyaksikan UMW Toyota merekodkan peningkatan 62 peratus berbanding tempoh sama pada 2020. Toyota Vios muncul sebagai model paling laris diikuti Hilux yang terus menjadi peneraju segmen trak pikap di Malaysia dengan lebih 56 peratus. Sementara itu,…

Toyota Corolla Cross Kini Di Malaysia – Dari RM124,000!

UMW Toyota Malaysia (UMWT) melancarkan Toyota Corolla Cross serba baharu untuk pasaran tempatan. Untuk pasaran negara, Toyota Corolla Cross datang dalam dua varian, 1.8V dan 1.8G dan merupakan model CBU yang diimport dari Thailand dengan masing-masing ditawarkan dengan harga RM134,000 dan RM124,000. Bagaimanapun, menurut UMWT, model pemasangan tempatan CKD akan diperkenalkan sekitar hujung tahun ini….

Pusingan Pertama Toyota Gazoo Racing Musim Ke-4 Buka Tirai 27 Mac Ini

Sukan permotoran negara kembali dihangatkan dengan Toyota Gazoo Racing Festival (Musim 4) di Litar Antarabangsa Sepang pada 27 hingga 28 Mac ini. Bagaimanapun, aksi Vios Challenge akan dijalankan secara tertutup dengan peminat boleh menyaksikan perlumbaan menerusi strim langsung bagi kedua-dua hari. Pada masa sama, penganjuran akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat serta acara akan…

Toyota GR Yaris Berharga RM286,896 Sudah Habis Dijual?

Sejujurnya sama ada sudah habis dijual atau semakin hampir untuk habis dijual, kami tidak dapat pastikan kerana kenyataan rasmi dikeluarkan pihak UMW Toyota agak kurang jelas. Tanpa mendedahkan angka berapa unit telah pun terjual, UMW Toyota bagaimanapun mengumumkan bahawa penjualan Toyota GR Yaris mendapat sambutan hangat. Permintaan tinggi itu juga terbukti di negara lain dengan…

Tempahan Toyota Innova 2021 Dibuka – Dari RM111,622

UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah membuka tempahan bagi Toyota Innova 2021 dengan pelbagai kemas kini dan ciri keselamatan baharu ditawarkan. Tiga varian berikut ditawarkan: Toyota Innova 2.0X – RM129,677 Toyota Innova 2.0G – RM121,483 Toyota Innova 2.0E – RM111,622 Kekal dengan elemen ‘crossover’, model 2021 ini datang dengan rekaan depan baharu yang tampil lebih…

UMW Toyota Umum Servis Khas Untuk Hilux Dan Fortuner, Ganti Brake Booster

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan kempen servis khas (SSC) untuk model Hilux dan Fortuner membabitkan pemeriksaan dan penggantian ‘brake booster’. Menurut kenyataan rasmi UMWT, kempen ini membabitkan 12,997 unit – 11,571 unit Hilux dan 1,426 unit Fortuner – yang diedarkan UMWT dari Julai 2018 hingga Januari 2019. Difahamkan, resin piston dalam brake booster…