Ujian musim sejuk Sepang MotoGP 2018 menyaksikan Jorge Lorenzo dari pasukan Ducati menetapkan catatan masa terpantas dengan 1:58.830. Dani Pedrosa dari Repsol Honda mengekori rapat di belakang di atas jentera Honda RC213V-nya dengan catatan masa 1:59.009. Cal Crutchlow (LCR Honda CASTROL) melengkapkan tiga teratas dengan catatan masa 1:59.052.
Tag: Ujian MotoGP Sepang 2018
Hari Kedua Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 bermula di bawah terik cahaya matahari. Hanya tiga orang penunggang sahaja telah mencatat masa di bawah 2:00 minit buat masa ini. Pertarungan tiga penjuru di antara Ducati, Honda, dan Yamaha diteruskan pada masa ini.