Ducati Malaysia telah menganjurkan Tunggangan Media Ducati Multistrada 950 baru-baru ini. Tujuan konvoi ini adalah untuk menyerlahkan kebolehan jentera Ducati Multistrada 950. Di samping itu, tunggangan ini mempersembahkan sekilas pandang gaya hidup yang berkait rapat dengan motosikal ini buat warga media.
Tag: tunggangan
Sebagai salah satu cara mereka mengiktiraf dan menghargai para pemilik dan kelab pemilik Harley-Davidson di Malaysia, Harley-Davidson Petaling Jaya telah menjadi tuan rumah untuk acara konvoi dan pelbagai aktiviti. Kumpulan terkini yang telah berhimpun di HDPJ adalah Kingz MG sewaktu konvoi mereka menuju ke Pantai Timur. HDPJ telah memberi sokongan kepada konvoi ini dengan memberikan…
Harley-Davidson Petaling Jaya telah menganjurkan HOG PJ Breakfast Ride ke Kodai Sarapan D’Sawah di Kuala Pilah semalam. Sekitar 80 orang penunggang ahli kumpulan HOG PJ telah menyertai keraian ini. Destinasi sarapan pagi yang terkenal itu telah dipilih atas sebab makanannya yang hebat dan terletak berdekatan dengan sawah padi yang cantik, dikelilingi latar belakang yang bergunung-ganang.
Para pemilik motosikal Aprilia mulai merasakan hasil pertukaran pengedar rasmi baharu jenama itu. Para pemilik yang juga ahli kelab Urban Riders telah menganjurkan satu tunggangan hujung minggu ke Melaka bagi beriadah di tepi pantai. Kumpulan tersebut telah memulakan perjalanan mereka dari Aprilia Malaysia yang berada di The Gasket Alley.
Modenas telah menganjurkan satu konvoi “Explore the Unexplored” Dominar bagi membolehkan para penunggang Dominar D400 merasai sendiri kehebatan elemen sport-tourer jentera tersebut. Tunggangan pertama ini adalah dari Kuala Lumpur menuju Ipoh. Konvoi ini telah berhenti di beberapa buah tempat tarikan ramai bagi membolehkan para penunggang untuk menangkap gambar bagi projek #motography.
Begitu ramai kelab motosikal telah menjadikan Melaka sebagai destinasi penunggangan mereka, dan kali ini, tiba giliran Moto Guzzi Malaysia. Konvoi berkenaan telah mengikuti laluan dengan pemandangan yang indah dari Port Dickson ke Melaka. Pelbagai koleksi model motosikal Moto Guzzi telah muncul untuk turut sama menyertai konvoi ini.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Ladies of Harley Malaysia merupakan sekumpulan penunggang Harley-Davidson wanita. Mereka telah bersatu atas dasar sukakan menunggang motosikal. Mereka telah melakukan tunggangan pertama mereka dari Harley-Davidson Petaling Jaya menuju ke Melaka.
Artikel Oleh: Wahid Ooi Abdullah Hari Kedua KMOG Borneo Ride 2017 membawa kami ke “Tip of Borneo” dan Kundasang. Kumpulan terakhir motosikal peserta tiba tepat pada masanya untuk perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang. Konvoi ini akan membuat hentian pertamanya di Kawasan Perlindungan Orangutan di Sepilok, dalam perjalanan ke sandakan.
Tunggangan amal Pink October Charity Ride 2017 telah pun berlangsung dengan lancar sekali pada hari Sabtu yang lalu. Tunggangan ini adalah bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang jatuh pada bulan Oktober. Kira-kira 200 orang peserta telah menyertai tunggangan ini.