Harga Di Amerika Syarikat Bagi Triumph Speed Triple 2018 Diumumkan! Bermula Dari RM56,101

Triumph Motorcycles telah mendedahkan harga rasmi bagi rangkaian Triumph Speed Triple 2018 terkini mereka. Motosikal Speed triple S 2018 didatangkan dengan harga $14,350 (RM56,101) manakala RS pula akan disediakan pada harga $16,350 (RM63,920). Jumlah tambahan yang kecil untuk RS itu akan membolehkan anda mendapat suspensi Ohlins, ekzos Arrow, kelengkapan elektronik yang dipertingkatkan (IMU, kawalan cengkaman,…

Triumph Daytona 765 2019 Bakal Tiba Nanti?

  Triumph Motorcycles baru sahaja memfailkan satu cap dagang (trademark) terbaru untuk nama Daytona dan ianya mungkin sekali untuk motosikal Triumph Daytona 765 2019. Pemohonan itu telah dibuat di Amerika Syarikat dan juga Eropah bagi memastikan tiada sebarang masalah apabila model baru itu dilancarkan. Dan dengan pembekalan enjin 765cc baru bagi musim 2019 Moto2 oleh…

Triumph Speed Triple S dan RS 2018 Dilancarkan!

Triumph Motorcycles telah melancarkan motosikal terbaru mereka, Triumph Speed Triple S dan RS 2018. Bahagian enjinnya sahaja telah didatangkan dengan lebih daripada 105 bahagian-bahagian yang baru yang menghasilkan sehingga 148hp dan 117Nm tork maksimum. Model RS didatangkan dengan suspensi Ohlins tercanggih, brek Brembo dan pakej elektronik terbaik Triumph.

Video Usikan Triumph Street Triple 2018 Ditayangkan – “Motosikal Hooligan Terhebat?”

Triumph Motorcycles telah menayangkan sebuah video usikan motosikal Triumph Street Triple 2018 terbaru mereka. Dibintangi Carl Fogarty dan Gary Johnson, motosikal Speed Triple terbaru telah dibayangkan sebagai “motosikal hooligan terbaik”. Skrin TFT yang serba baru telah kelihatan di dalam video tersebut dan maklumat tambahan akan disampaikan sewaktu pelancarannya pada 29 Januari 2018.

Harga Motosikal Triumph Bonneville Speedmaster 2018 Dijangka Di Bawah Paras RM80,000

Triumph Motorcycles Malaysia telah mengumumkan bahawa motosikal Triumph Bonneville Speedmaster 2018 akan tiba dengan harga yang dijangkakan di bawah paras RM80,000. Motosikal cruiser moden klasik terkini dari Triumph itu adalah gabungan casis motosikal Bobber-nya dan enjin 1,200cc bertork tinggi motosikal T120-nya. Motosikal Triumph Speedmaster 2018 dijangka tiba di tanah air kita dalam suku pertama tahun…

Triumph Motorcycles Menyaksikan Peningkatan Jualan Pada Tahun 2017 -Lebih Daripada 63,000 Unit Terjual!

Bagi tahun 2017, Triumph Motorcycles telah menjual lebih daripada 63,000 motosikal mereka melalui pengedar mereka di seluruh dunia. Sebanyak 63,404 unit telah terjual yang mana ianya mendatangkan hasil jualan sebanyak £498.5 juta (RM2.7 Billion). Triumph meraih keuntungan sebanyak £24.7 juta (RM134 juta), iaitu peningkatan sebanyak 48% dari peningkatan jualan sebanyak 22% di seluruh dunia.