Triumph Motorcycles Menyaksikan Peningkatan Jualan Pada Tahun 2017 -Lebih Daripada 63,000 Unit Terjual!

Bagi tahun 2017, Triumph Motorcycles telah menjual lebih daripada 63,000 motosikal mereka melalui pengedar mereka di seluruh dunia. Sebanyak 63,404 unit telah terjual yang mana ianya mendatangkan hasil jualan sebanyak £498.5 juta (RM2.7 Billion). Triumph meraih keuntungan sebanyak £24.7 juta (RM134 juta), iaitu peningkatan sebanyak 48% dari peningkatan jualan sebanyak 22% di seluruh dunia.