Kebanyakan jenama Eropah menyaksikan peningkatan positif bagi tahun 2017. Peraih terbesar adalah BMW, KTM, Piaggio, dan Triumph (mengikut turutan huruf). Adakah ini kemunculan semula motosikal Eropah menandingi kekuasaan pengeluar dari Jepun?
Tag: Triumph Motorcycles 2017 sales report
Bagi tahun 2017, Triumph Motorcycles telah menjual lebih daripada 63,000 motosikal mereka melalui pengedar mereka di seluruh dunia. Sebanyak 63,404 unit telah terjual yang mana ianya mendatangkan hasil jualan sebanyak £498.5 juta (RM2.7 Billion). Triumph meraih keuntungan sebanyak £24.7 juta (RM134 juta), iaitu peningkatan sebanyak 48% dari peningkatan jualan sebanyak 22% di seluruh dunia.