Triumph Bonneville Bobber Black, Speedmaster Dan Tiger 800 2018 Dilancarkan! Dari RM56,900

  Triumph Motorcycles Malaysia (Fast Bikes Sdn. Bhd.) baru sahaja melancarkan Triumph Bonneville Bobber Black, Speedmaster dan Tiger 800 2018. Lapan buah motosikal baru yang terdiri dari model Bobber Black, Speedmaster, dan enam buah varian Tiger 800 kini boleh didapati secara rasmi. Model-model terkini Triumph 2018 ini boleh didapati bermula dari harga RM56,900 hingga RM81,900.

Triumph Bonneville Bobber Black 2018 Diperkenalkan!

  Motosikal Triumph Bonneville Bobber Black 2018 juga telah diperkenalkan bersama dengan kelahiran semula motosikal Speedmaster. Didatangkan dalam skema warna serba hitam, motosikal Bobber Black 2018 ini juga dilengkapi dengan pelbagai penaiktarafan yang baru terutamanya pada bahagian hadapannya. Sepasang fork kartrij 47mm Showa telah dipaut pada roda 16 inci yang baru beserta sepasang cakera brek…