Tag: Triumph 765cc engine
Motosikal Moto2 Kalex janaan Triumph 2019 ini tampak sudah bersedia untuk musim 2019. Moto2 musim 2019 bakal menyaksikan penggunaan enjin tiga silinder 765cc serba baru keluaran Triumph. Kalex telah pun mengambil langkah bagi menarik minat kebanyakan pelanggannya bagi menggunakan casis mereka untuk tahun 2019.
Bagi tahun 2017, Triumph Motorcycles telah menjual lebih daripada 63,000 motosikal mereka melalui pengedar mereka di seluruh dunia. Sebanyak 63,404 unit telah terjual yang mana ianya mendatangkan hasil jualan sebanyak £498.5 juta (RM2.7 Billion). Triumph meraih keuntungan sebanyak £24.7 juta (RM134 juta), iaitu peningkatan sebanyak 48% dari peningkatan jualan sebanyak 22% di seluruh dunia.