BMW North America telah memanggil semula Toyota Supra yang dihasilkan dari Februari 2019 hingga Jun 2021. Panggilan semula itu babitkan 13,014 Unit Supra yang dilaporkan berdepan masalah dengan perisian pengurusan enjin (engine management software) yang menyebabkan sistem brek kehilangan kuasa. Senario ini boleh menyebabkan pemandu berdepan kesukaran untuk memberhentikan kenderaan. Menurut laporan, selain daripada Toyota…
Tag: Toyota Supra
Nissan 370Z yang membuat penampilan dalam filem kelima Fast & Furious milik Paul Walker merekodkan penjualan tertinggi bagi model itu di sebuah pusat lelongan. Model 2009 itu merekodkan penjualan USD105,600 (RM428,218)185 ketika di tapak lelongan Barrett-Jackson Scottsdale 2020. Bagaimanapun, kereta milik Paul Walker itu tampil dengan rekaan berbeza dalam filem terbabit dan dipandu pelakon wanita,…
Belum sempat lagi kehangatan pelancaran Toyota GR Supra reda, Mutiara Motor Johor, selaku pengedar sulung berstatus GR Garage, mendedahkan bahawa pemilik pertama jentera tersebut adalah Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Menurut perkongsian di Facebook Mutiara Motorsport, difahamkan Sultan Johor telah berkenan dengan pilihan warna Lightning Yellow. Toyota GR Supra A90 telah diperkenalkan di Malaysia…
Kereta yang dinantikan peminat Toyota, Toyota Supra akhirnya mendarat di Malaysia menerusi majlis pelancaran kereta tersebut oleh UMW Toyota yang berlangsung di Lapangan Terbang Sungai Besi, hari ini. Menuju ke majlis pelancaran, terdapat segelintir pihak yang berpendapat bahawa Toyota Supra baharu ini tidak membawa identiti Supra tatkala menggunakan enjin BMW B58. Perasaan skeptikal itu mungkin…
Mereka yang meminati dunia sukan permotoran ‘drifting’ semestinya akan mengenali sebuah lagenda dari Jepun iaitu Daigo Saito. Terkenal dengan aksi hebat dan juga beberapa jentera gila kegunaan drift seperti Lamborghini Murciélago, beliau kini tampil dengan satu lagi kereta drift baharu iaitu Toyota GR Supra model 2020.
Toyota Europe baru sahaja mengeluarkan satu klip video berkenaan dengan model yang ramai sedang menunggu kemunculan rasminya iaitu Toyota Supra baharu. Klip 30 saat yang telah dimuat naik ke laman web YouTube itu focus kepada bunyi Supra generasi baharu yang ikonik dan juga mengujakan.