Marc Marquez Duta Baru Tissot!

Juara dunia MotoGP empat kali, Marc Marquez, adalah duta baru Tissot. Marquez telah dipilih sebagai wakil terbaru bagi pembuat jam dari Switzerland kerana keazaman, semangat juang dan hasil usahanya. Jam rasmi MotoGP terkini yang dihasilkan untuk Marquez adalah Tissot T-Race Marc Marquez 2018.