MotoGP: Remy Gardner Dakwa Aksi Darryn Binder ‘Bersepah’ Dan Berbahaya

Remy Gardner menyifatkan aksi pelumba WithU Yamaha RNF Racing, Darryn Binder sewaktu pusingan pertama di Litar Lusai, Qatar sebagai membahayakan. Seperti Binder, Gardner juga membuat penampilan sulung di kelas premier musim ini bersama Tech3 KTM. Meskipun berjaya mengutip satu mata selepas menamatkan aksi di kedudukan ke-15, pelumba KTM itu berasakan dia mampu mencapai posisi yang…

Hafizh Syahrin Akhirnya Sahkan Slot Ke Moto2

Selepas berbulan menanti kepastian tentang masa depan Hafizh Syahrin di saingan MotoGP musim depan, pelumba itu akhirnya mengesahkan telah menandatangani pra-kontrak bersama pasukan baharu di Moto2. Meskipun enggan mendedahkan nama pasukan tersebut namun timbul dakwaan bahawa dia akan ke Angel Nieto, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jake Dixon yang telah pun berhijrah ke Petronas Sprinta. Hafizh…

Poncharal Mahu Miguel Oliveira Kekal Di Tech3 Bagi Musim 2020

Keputusan mengejut oleh Johann Zarco untuk meninggalkan pasukan KTM hujung musim ini mencetuskan persoalan, siapa yang bakal menjadi penggantinya bagi musim 2020? Tatkala rata-rata pelumba lain telah pun terikat, timbul dakwaan bahawa slot Zarco akan diisi pelumba muda Tech3, Miguel Oliveira. Pelumba Portugal itu tampak sebagai calon terbaik apatah lagi secara tidak langsung memiliki kontrak…

Hafizh Syahrin Kembali Ke Pangkuan Petronas Sprinta Di Moto2?

Sejak KTM  Tech3 mengumumkan Brad Binder akan ambil alih tempat Hafizh Syahrin, desas-desus mengenai masa depan pelumba negara itu terus bertiup kencang. Pelumba berusia 25 tahun itu sendiri mengakui telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pasukan di Moto2 tatkala kontraknya bersama Tech3 tidak lagi di sambung bagi musim 2020. Sementara itu, keputusan mengejutkan daripada Johann Zarco…

Hafizh Masih Berharap Kekal Di MotoGP Bersama Tech3

Keputusan Johann Zarco untuk meninggalkan KTM bermakna pintu masih terbuka untuk pelumba negara, Hafizh Syahrin meneruskan karier di kelas premier MotoGP. Hafizh dijangka turun ke saingan Moto2 selepas tempatnya digantikan oleh Brad Binder bagi musim 2020. Senario itu membuatkan KTM kekurangan calon untuk menggantikan tempat Zarco namun timbul khabar angin bahawa kekosongan itu akan diisi…

Hafizh Sah Beraksi Di Silverstone Selepas Pulih Daripada Kecederaan

Hafizh Syahrin kembali cergas sepenuhnya untuk beraksi di litar Silverstone hujung minggu ini setelah mengalami kecederaan gegar otak dan siku di Red Bull Ring sebelum ini. Hafizh berdepa saat getir dala kariernya apabila dia masih belum mengesahkan masa depannya bagi musim 2020 selepas kehilangan tempat di KTM Tech3 kepada Brad Binder. Bagaimanapun, susulan insiden di…

Tech3 Ikut Jejak KTM Tinggalkan Moto2, Tubuh Pasukan Baharu Di Moto3

Tech3 turut mengikut jejak KTM untuk meninggalkan saingan Moto2 sebaliknya sertai kelas Moto3 bagi musim 2020. KTM mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada kelas Moto2, Ahad lalu selepas berakhirnya GP Austria. Tech3 yang menjadi pasukan satelit KTM di MotoGP tahun ini selepas berpisah dengan Yamaha musim lalu telah pun beraksi di Moto2 pada 2010 menggunakan…

Brad Binder Sertai KTM Tech3, Apa Hala Tuju Hafizh Selepas Ini?

KTM Tech3 mengumumkan Brad Binder sebagai pelumba baharu pasukan itu menggantikan wakil negara,  Hafizh Syahrin musim depan.  Binder bakal digandingkan kembali dengan Miguel Oliviera yang merupakan rakan sepasukannya ketika di Moto2 dan Moto3. Senario ini sekaligus mengesahkan khabar angin bahawa tiada lagi tempat untuk Hafizh di KTM yang telah pun memasuki tahun akhir kontraknya musim…