Pada bulan November tahun lalu, kami telah melaporkan yang SYM Malaysia, yang diwakili dalam negara oleh M Force Bike Holdings Sdn Bhd akan menawarkan model Cruisym 300i pada suatu masa dalam tahun ini. Masanya telah pun tiba dan kami telah dijemput untuk ke Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk satu acara pratonton skuter maxi terbaru ini.
Tag: SYM CRUiSYM 300i
SYM Malaysia (MForce Holdings Sdn Bhd) telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk model terbaru mereka iaitu SYM CRUiSYM 300i tahun hadapan. SYM CRUiSYM 300i merupakan keluaran terbaru SYM yang baru sahaja dilancarkan oleh syarikat Taiwan ini beberapa bulan lepas di INTERMOT 2016.