Suzuki Hayabusa 2019 Akan Dilengkapi Dengan Transmisi Separa Automatik?

Motosikal Suzuki Hayabusa 2019 dikatakan akan dilengkapi dengan sebuah sistem transmisi separa automatik yang baru. Paten-paten baru telah difailkan oleh pengeluar Jepun tersebut di Jepun, Amerikan Syarikat, dan Jerman baru-baru ini. Sistem baru ini menggunakan penggerak (actuator) bagi mengawal klac dan penukar gear di samping menggabungkannya dengan penukar gear kawalan kaki tradisional.

Suzuki Hayabusa 2019 Akan Menggunakan Enjin 1440cc?

Telah tersebar khabar angin mengenai spesifikasi yang berkaitan dengan motosikal Suzuki Hayabusa 2019. Khabar angin terbesar mengenai motosikal hyperbike terbaru itu adalah mengenai enjin empat silinder 1,440cc baru yang yang menukarnya menjadi sebuah GSX-R1400R. Jentera yang serba baru keseluruhannya ini boleh dijangkakan memandangkan yang Hayabusa akan menyambut ulang tahun ke-20nya pada tahun hadapan.