Penunggang Motosikal Yang Memukul Pekerja Petronas Didenda Sebanyak RM2,000

Penunggang motosikal superbike yang bertindak memukul seorang pekerja Petronas telah didapati bersalah dan didenda sebanyak RM2,000. Muhammad Nuralif Shaufiq Ahmad Fauzi, 25, telah mengaku bersalah menyebabkan kecederaan ke atas seorang pekerja Petronas pada 6 Oktober 2018. Ianya terjadi kerana pekerja Petronas dengan secara tidak sengaja telah mengisi minyak petrol RON95 dan bukannya RON97.