Penunggang bagi pasukan Kawasaki, Jonathan Rea, telah mendominasi musim WorldSBK 2018 setakat ini. Dia telah memenangi perlumbaan ke-lapan berturut-turut di Litar Magny-Cours, Perancis. Kemenangan ini bermakna dia telah berjaya merangkul kejohanan musim ini dengan baki empat perlumbaan.