“Kami Akan Hampiri Podium Dalam Tempoh 3 Tahun”

Demikian kenyataan dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTM, Stefan Pierer pada Februari 2017 ketika temu bual bersama Speedweek. Ketika itu, kenyataan berani Pierer itu kelihatan seakan omong kosong tatkala KTM dianggap pasukan lemah di kelas premier MotoGP. Namun, setelah tiga tahun berlalu, kenyataan Pierer itu nyata ada benarnya apabila Brad Binder mendukung Red Bull KTM…

Bajaj-KTM Bangunkan Skuter Dan Moped Elektrik 2022

Berdasarkan laporan baharu, difahamkan Bajaj Auto dan KTM akan menghasilkan motosikal elektrik bagi pasaran domestik dan antarabangsa. Menurut laporan moneycontrol.com, moped dan skuter elektrik itu akan menggunakan enjin elektrik kapasiti rendah dan proses pengeluaran akan bermula pada 2022 di kilang Bajaj Auto, Pune, India. Pada April tahun lalu, Pierer Mobility Group and Bajaj Auto telah…

KTM Atasi Penjualan Harley-Davidson, Buru Kedudukan Kawasaki

Ketika Stefan Pierer mengambil alih KTM pada 1991, pengeluar motosikal berpangkalan di Austria itu berdepan masa depan yang suram apabila ketinggalan dibelakang berbanding jenama Jepun. Pierer kemudiannya mengambil masa beberapa tahun untuk memulihkan KTM dan hasilnya, 28 tahun kemudian, jumlah penghasilan motosikal KTM dalam masa sehari menyamai jumlah penghasilan dalam masa setahun ketika Pierer mula-mula…

Penjualan KTM Terus Meningkat Di Eropah, Pierer Luah Rasa Teruja

Ketua Pegawai Eksekutif KTM Industries AG, Stefan Pierer, meluahkan rasa teruja dengan penjualan jentera KTM di benua Eropah. “Saya berasa amat terkejut. Pasaran Eropah sangat menakjubkan tahun ini,” ulas Pierer, yang menyaksikan penjualan KTM menignkat 10 peratus kepada 261,000 unit berbanding tahun lalu. Meskipun pada awalnya berasa gusar dengan beberapa senario politik yang melanda benua…

KTM Tidak Akan Beralih Ke Chasis Aluminium, Pierer Kritik Ducati

Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer menegaskan pihaknya tidak akan berputus asa dengan penggunaan rangka steel trellis di samping mengkritik tindakan Ducati yang tidak lagi menggunakan rekaan sama pada 2012. Pengeluar motosikal Austria itu merupakan pasukan tunggal dalam saingan MotoGP musim ini nyang tidak menggunakan chasis aluminium twin-spar konvensional. Ducati juga pernah menggunakan chasis rangka…

KTM Ingin Membeli Ducati

Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer, telah menyatakan hasratnya untuk memperoleh Ducati dalam satu temuramah. Dia telah pun mempunyai rancangan bagi membolehkan kedua-dua jenama bekerjasama. Ianya sudah pasti amat menarik sekali untuk menyaksikan sama ada KTM berjaya membeli Ducati dari VW.