Rakyat Malaysia Boleh ke Hat Yai Menaiki Keretapi RM6 Semula, Mula Hari ini

Dengan pelonggaran sekatan perjalanan, State Railway of Thailand (SRT) telah mengumumkan ia akan mengembalikan kereta api ulang-alik Hat Yai-Padang Besar kembali kepada operasi biasa seperti dua tahun lalu. Perkhidmatan ini telah berhenti operasinya sejak 18 March 2020 iaitu hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan wabak Covid-19. Kereta api itu membawa penumpang dari Padang Besar, Perlis ke…

MotoGP: SRT Hidup Semula Sebagai RNF MotoGP Racing

Era baharu bermula bagi pasukan kendalian Datuk Razlan Razali setelah Sepang Racing Team (SRT) kini dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing. Penjenamaan semula ini turut menyaksikan RNF Racing menandatangani perjanjian lima tahun bersama IRTA bagi meneruskan cabaran selaku Independent Team di Kejuaraan Dunia FIM MotoGP. Meskipun membawa nama baharu, RNF Racing akan terus diterajui oleh…

RASMI: Dovizioso Kembali Ke MotoGP Bersama SRT

Pelumba berpengalaman, Andrea Dovizioso kembali ke MotoGP setelah sah diumumkan sebagai pelumba baharu Petronas Sepang Racing Team (SRT). Bekas pelumba Ducati itu akan membantu SRT menghabiskan baki saingan musim ini bersama rakan sepasukan, Valentino Rossi. Dovizioso juga akan turut bersama pengendali, Datuk Razlan Razali dan pengurus pasukan Johan Stigefelt membawa cabaran ke musim 2022. Menariknya,…

RASMI: SRT Terkubur, Razlan Razali Bakal Umum Pasukan Baharu 16 September Ini

Petronas Sepang Racing Team (SRT) mengesahkan bahawa pasukan itu akan menamatkan segala penyertaan dalam kelas MotoGP, Moto2 dan Moto3 setelah berakhirnya musim 2021. Bagaimanapun, Prinsipal SRT, Datuk Razlan Razali dan Pengurus Pasukan, Johan Stigefelt akan meneruskan usaha dalam kategori MotoGP dengan entiti baharu yang akan diumumkan pada 16 September ini di Misano. “Perlumbaan terakhir SRT…

Moto2: Adam Akan Ganti Dixon Di Silverstone – Zulfahmi

Pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, telah pun mengesahkan bahawa pelumba di FIM CEV, Adam Norrodin akan menggantikan Jake Dixon dalam perlumbaan Moto2 di Silverstone, hujung minggu ini. Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook Live bekas pelumba negara itu di akaun Facebook miliknya. Bagaimanapun, menurut Zulfahmi, tiada sasaran diletakkan setakat ini sehinggalah Adam dapat merasa jentera…

MotoGP: Darryn Binder Dapat Lampu Hijau Uji Yamaha M1 Di Brno

Pelumba Petronas Sprinta Racing Moto3, Darryn Binder, akan diberi peluang menguji jentera Yamaha M1 di Brno, Republik Czech. Keputusan itu bukan satu kejutan tatkala adik kepada Brad Binder itu dicanang akan naik ke kelas premier bersama pasukan satelit Yamaha SRT bagi mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Valentino Rossi dan Franco Morbidelli memasuki musim 2022. Rossi…

Hubungan SRT-SIC Tamat, Penjenamaan Semula Bergantung Pada Razlan – SIC

Baru-baru ini, berlaku kejutan melibatkan pasukan Sepang Racing Team (SRT) apabila Petronas mengumumkan pengunduran selaku penaja utama (title sponsor). Perkara itu kemudiannya disahkan pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerusi satu kenyataan media. Kami kemudiannya berpeluang menemu bual Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif mengenai kedudukan SIC bersama SRT, semalam. Menurut Azhan, kerjasama di antara…

MotoGP: Petronas Tarik Balik Tajaan SRT, Projek Moto2, Moto3 Dibubarkan?

Penaja utama Sepang Racing Team (SRT), Petronas didakwa akan menarik balik penajaan pasukan itu di MotoGP bermula 2022. Dakwaan itu timbul menerusi laporan media antarabangsa yang turut melaporkan bahawa SRT akan turut membubarkan pasukan Moto2 dan Moto3. Difahamkan, pembubaran pasukan di Moto2 dan Moto3 dibuat sebagai usaha melindungi projek MotoGP. Sementara itu, Yamaha turut dikatakan…

MotoGP: Marco Bezzecchi Jadi Pilihan SRT Musim 2022?

Media antarabangsa mendakwa Marco Bezzecchi dikhabarkan akan berhijrah ke Petronas Sepang Racing Team (SRT) bagi musim 2022. SRT ketiadaan dua pelumba musim depan tatkala Valentino Rossi telah pun mengumumkan persaraan sementara Franco Morbidelli disebut akan digandingkan bersama Fabio Quartararo di pasukan factory Yamaha. Meskipun beberapa pelumba telah dikaitkan dengan SRT antaraya Raul Fernandez, Joe Roberts…