Benelli Panarea 125 Tiba Di Malaysia – Hanya RM6,888

Memahami permintaan terhadap skuter gaya retro klasik semakin meningkat, Benelli dengan rasminya melancarkan Benelli Panarea 125 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan asas RM6,888.  Meskipun rupa klasik, namun Panarea 125 ini tampil dengan ciri moden antaranya lampu LED penuh depan dan belakang serta panel meter analog dan digital. Menariknya, Panarea 125 ini juga lengkap dengan…

Honda Forza 350 2023 Lancar Di Thailand – 28.8HP, 31.5Nm

Honda memperkenalkan Forza 350 2023 di Thailand yang tampil dengan pelbagai naik taraf terbaru.  Bagi pasaran negara itu, Honda Forza 350 ini tampil dengan dua varian, Standard dan Roadsync.  Untuk rekod, Honda telah pun menaik taraf Forza 350 dua tahun lalu dengan peningkatan tersebut memfokuskan bahagian enjin. Namun, model 2023 itu menyaksikan pelbagai aspek telah…

HLYM Previu Skuter Elektrik Yamaha E01 – 8.1kW, 80-100KM Sekali Cas

Kami berpeluang menyaksikan motosikal elektrik pertama dari Yamaha, Yamaha E01 sewaktu acara Karnival Yamaha GenBlu di Teluk Batik, Perak, pada Sabtu. Dipertonton secara global pada Januari lalu, skuter elektrik itu akhirnya membuat penampilan di Malaysia menerusi Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). Penampilan motosikal itu sudah pun dijangka apabila Yamaha Jepun mengumumkan Malaysia antara negara terpilih…

Aprilia Lancar Skuter Maxi SR MAX 250 HPE Di China – 25HP, 21.6Nm

Jenama motosikal Itali, Aprilia, telah pun memperkenalkan skuter maxi SR MAX 250 HPE di China. HPE merujuk pada High Perfomance Edition yang sekaligus memberi tumpuan kepada naik taraf prestasi enjin. Berdasarkan info dikongsikan, SR MAX 250 HPE ini dikuasakan enjin satu silinder 244cc 4-lejang dengan penyejukan cecair yang menjana 25hp dan 21.6Nm. Skuter maxi ini…

‘E-Scooter’ Jadi Trend, Kerajaan Bakal Perkenal Lesen Untuk Pengguna

Kerajaan bakal putuskan peraturan baharu berkait dengan penggunaan skuter elektrik atau e-skuter. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, peraturan baharu itu termasuk pelaksanaan lesen terhadap pengguna dan pembekal kenderaan terbabit. “Tidak lama lagi, kita akan keluarkan kaedah atau undang-undang kecil untuk dipatuhi, (contohnya) untuk kelajuan tertentu, mereka perlu mempunyai lesen,” jelas Wee…

India Bakal Lancar Skuter Maxi Elektrik Pertama – Mampu Capai Jarak 230KM

Pengeluar motosikal elektrik, Trouve, telah pun mendedahkan ‘teaser’ pertama yang merujuk kepada model H2, sebuah skuter maxi elektrik pertama yang akan dilancarkan di India. Dilabel sebagai skuter maxi hyper, Trouve H2 menawarkan motor dengan penyejukan cecair, transmisi satu kelajuan, fork depan USD dan penyerap hentakan tunggal di belakang. Menurut Trouve, H2 ini juga menyokong keterhubungan…

Vespa X Justin Bieber Dilancarkan – Skrin TFT, Rim 12-Inci

Vespa dengan rasminya memperkenalkan skuter edisi terhad hasil kerjasama dengan selebriti terkenal, Justin Bieber. Jenama skuter Itali itu mengumumkan tahun lalu bahawa Bieber menjadi nama terbaru untuk berkerjasama dengan Vespa dalam menghasilkan sebuah skuter khas. Vespa sebelum ini turut pernah berkolaborasi dengan beberapa jenama dan personaliti terkenal antaranya, Giorgio Armani, Christian Dior dan Sean Wotherspoon….

London Tuan Rumah Kejuaraan Skuter Elektrik Pertama Dunia

Kejuaraan elektrik skuter pertama dunia telah pun disahkan akan berlangsung di Timur London pada bulan Mei ini. London Docklands bakal menjadi medan pertembungan sulung antara pelumba e-skuter dunia yang akan berlumba dengan kelajuan lebih 100km/j dengan jentera masing-masing. Sementara itu, pihak penganjur yang turut dibarisi juara Formula E dan Le Mans, Lucas Di Grassi serta…