JuniorGP: Duduk Tempat Kedua Kejuaraan, Zulfahmi Puas Hati Pencapaian Damok

Pengurus pasukan SIC Racing Team, Zulfahmi Khairuddin berpuas hati dengan pencapaian Syarifuddin Azman pada Pusingan 5 Kejuaraan JuniorGP Dunia di Litar Algarve, Portugal minggu lalu. Beliau berharap tempoh rehat sehingga September dapat memberi ruang buat Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok memperkemaskan tunggangannya bagi mengharungi pusingan seterusnya di Litar Misano. “Secara keseluruhan, saya sangat gembira…

Penunggang Moto2 BARU Pasukan SIC Racing Team, Niki Tuuli!

Pasukan SIC Racing Team telah menemui penunggang tetap mereka yang baru dan ianya adalah Niki Tuuli, penunggang bagi siri perlumbaan WorldSSP dari Finland. Penunggang berusia 22 tahun itu telah memulakan kerjaya penunggangan WorldSSP-nya pada lewat tahun 2016 namun telah menunjukkan prestasi yang telah mengagumkan ramai orang. Ketua Pegawai Eksekutif Litar Sepang, Dato’ Razlan Razali yakin…

Zulfahmi Khairuddin Bersara Dari Moto2?

Ada berita telah melaporkan yang Zulfahmi Khairuddin telah memutuskan untuk bersara dari Moto2 dengan SERTA-MERTA. Baru sahaja menamatkan empat pusingan, penunggang rookie Moto2 itu mengumumkan persaraannya setelah menghadapi kesukaran untuk mempamerkan aksi dan keputusan yang memuaskan. Tiada lagi berita sama ada pasukannya akan meneruskan persaingan dengan penunggang gantian.

Pasukan MotoGP Malaysia Bakal Muncul Pada Tahun 2019?

Ada kebarangkalian bahawa Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan mengendalikan pasukan MotoGP Malaysia yang pertama pada tahun 2019. Khabar angin telah mengatakan yang SIC akan berada di Jerez pada hujung minggu ini untuk berbincang bersama MotoGP dan Yamaha. SIC mungkin akan bekerjasama dengan salah sebuah pasukan persendirian yang sedia ada dengan harapan untuk membawa bersama Hafizh,…

Moto2: Zulfahmi Khairuddin Bersedia Untuk Musim 2018 Dengan Jentera Dan Kemasan Grafik Baru!

Zulfahmi Khairuddin telah memperkenalkan motosikal perlumbaan Moto2 Kalex terbarunya semalam di Litar Antarabangsa Sepang. Baru sahaja dipanggil bagi menunggang untuk pasukan SIC Racing Team, penunggang berusia 26 tahun itu tidak sabar untuk kembali berlumba dalam kategori kelas pertengahan paling berdaya saing di dalam dunia. SIC Racing Team telah bekerjasama dengan KBS Malaysia bagi menaja usaha…

Ujian Valencia Moto2, Moto3 2018: Usaha Zulfahmi Khairuddin dan Adam Norrodin Dibantutkan Oleh Cuaca

  Ujian pra musim Moto2 dan Moto3 2018 telah berlangsung baru-baru ini di Valencia. Ketiga-tiga hari ujian berkenaan telah dibantutkan oleh hujan yang telah menyebabkan litar menjadi sejuk. Penunggang dari Malaysia, Zulfahmi Khairuddin (Moto2) dan Adam Norrodin (Moto3) meluangkan masa tersebut menyesuaikan diri dengan jentera masing-masing.