Suzuki Hayabusa 2019 Akan Dilengkapi Dengan Transmisi Separa Automatik?

Motosikal Suzuki Hayabusa 2019 dikatakan akan dilengkapi dengan sebuah sistem transmisi separa automatik yang baru. Paten-paten baru telah difailkan oleh pengeluar Jepun tersebut di Jepun, Amerikan Syarikat, dan Jerman baru-baru ini. Sistem baru ini menggunakan penggerak (actuator) bagi mengawal klac dan penukar gear di samping menggabungkannya dengan penukar gear kawalan kaki tradisional.