BMW Motorrad akan memperkembangkan portfolio kerjasama dengan TVS Motor Company dengan memperkenalkan G 310 RR pada 15 Julai ini di India. BMW G 310 RR bakal sertai G 310 R dan G 310 GS yang telah pun ada di pasaran dunia sejak 2015. Bagaimanapun, berbanding G 310 R dan G 310 GS yang tampil sebagai…
Tag: S 1000 RR
Harga bagi model BMW S 1000 RR 2019 telah didedahkan bagi pasaran Amerika Syarikat. Bermula dari $16,999, pembeli boleh memilih pelbagai pakej yang berbeza mengikut keperluan atau kemahuan para pembeli. Harga yang diperkenalkan itu cukup menggiurkan jika dibandingkan dengan motosikal supersport keluaran Eropah yang lain.
Jentera BMW S 1000 RR WorldSBK 2019 telah diperkenalkan di Portugal. Ciri-ciri pada motosikal ini mempamerkan komponen-komponen berteknologi tinggi. Selain itu, terdapat beberapa buah ciri-ciri lain yang menarik.
Mengapakah model BMW S 1000 RR yang pertama bercirikan lampu hadapan tidak simetri? Mengapa pula bagi model S 1000 RR 2019 ianya simetri? Semua ini berbalik kepada fungsi.
BMW Motorrad telah mendedahkan bahawa motosikal BMW S 1000 RR 2019 akan menggunakan injap batang berongga titanium. Teras yang berongga ini akan meringankan injapnya. Injap yang lebih ringan akan membolehkan tahap rpm yang lebih tinggi secara konsisten.
Imej paten dan lembaran spesifikasi bagi model BMW S 1000 RR 2019 telah dibocorkan atas talian. Motosikal ini adalah sebuah motosikal serba baharu dengan penggayaan dan casis yang baharu. Keluaran kuasa motosikal ini juga turut dipertingkatkan.
Motosikal superbike BMW S 1000 RR 2019 telah dilihat sedang menjalani ujian jalan raya. BMW Motorrad telah mengeluarkan satu video teaser beberapa hari selepas motosikal itu dilihat sedang diuji. Motosikal baharu itu akan diperkenalkan di acara pertunjukan motosikal EICMA pada bulan November nanti.