Royal Enfield Himalayan model 2018 kini telah sedia untuk tempahan pada harga RM36,880 (harga asas tanpa GST). Dijana oleh enjin LS 410 terkini mereka, motosikal kembara 411cc mereka menghasilkan 24.5hp dan 32Nm tork. RE Motorcycles Sdn. Bhd. akan menawarkan model Himalayan terbaru ini dalam dua warna yang berbeza: Granite dan Snow.
Tag: Royal Enfield Shah Alam
Wakil pengedar dan kedai utama Royal Enfield telah dilancarkan secara rasmi di Shah Alam, Selangor. Dikendalikan oleh RE Motorcycles Sdn. Bhd., kedai utama ini telah pun memulakan khidmat jualan serta selepas jualannya. Rangkaian motosikal Classic, Bullet, dan Rumbler telah pun tersedia dengan lebih banyak model akan tiba pada masa yang akan datang.