Kita sebagai para penunggang motosikal telah sedia maklum buat sekian lama bahawa pertembungan dengan papan tanda besi boleh mengakibatkan kecederaan yang serius atau pun kemalangan jiwa. PBB dan Kesatuan Eropah telah mengesyorkan yang papan tanda buatan besi dan penghadang dibuang. Negara Jerman menerajui usaha dengan menggantikan papan tanda buatan besi dengan buatan plastik.
Tag: road safety
Kajian telah mengesahkan yang pembonceng lebih cenderung untuk cedera apabila berlakunya kemalangan berbanding dengan penunggang. Ianya menjadi satu kewajipan bagi penunggang untuk memastikan yang pembonceng lengkap dengan pakaian keselamatan. Helmet yang bagus adalah satu kelengkapan yang wajib ada.