Gambar sebuah motosikal Benelli TRK 502 yang lengkap dengan warna dan kemasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tersebar di atas talian internet. Gambar ini membuatkan sesetengah daripada mereka mempercayai yang PDRM menggunakan motosikal berkenaan. Bagaimana pun, PDRM telah menafikan yang mereka memiliki model tersebut dalam perkhidmatan mereka.