Marc Marquez Juara Dunia MotoGP 2018!

Penunggang Repsol Honda, Marc Marquez telah ditabalkan sebagai juara dunia MotoGP 2018 di Motegi, Jepun. Penunggang berusia 25 tahun dari Sepanyol itu telah berjaya memenangi takhta dunia buat kali ke-tujuhnya setelah Andrea Dovizioso terkeluar dari persaingan berbakikan dua pusingan. Ianya satu pertarungan yang cukup mengujakan di mana Marquez berjaya menggondoli kejuaraan di halaman Honda di…

Honda Gugurkan Dani Pedrosa Bagi Musim 2019 Bagi Membuka Ruang Buat Lorenzo?

Dani Pedrosa telah setia berkhidmat bagi pasukan Honda MotoGP sejak 2006 lagi. Dia sering dinamakan antara pesaing utama kejohanan, namun dengan kemerosotan prestasinya pada musim ini telah mengundang kritikan. Honda telah mengesahkan bahawa mereka telah memaklumkan Dani bahawa kontraknya tidak akan diperbaharui bagi tahun 2019. Tetapi, siapakah yang akan menggantikannya? Jorge Lorenzo adalah salah satu…

MotoGP Perancis 2018: Marc Marquez Memenangi Perlumbaan di Perancis; Rossi Memanjat Semula Tangga Podium!

Marc Marquez (Repsol Honda) merangkul kemenangan MotoGP ketiganya pada musim ini sewaktu Pusingan MotoGP Perancis 2018 semalam. Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing) mendapat tempat ke-dua sebagai penunggang Ducati terpantas. Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) kembali semula ke atas podium walaupun bergelut dengan masalah pengendalian dan cengkaman.