Royal Enfield Lancarkan Kedai Utama Di Shah Alam

Wakil pengedar dan kedai utama Royal Enfield telah dilancarkan secara rasmi di Shah Alam, Selangor. Dikendalikan oleh RE Motorcycles Sdn. Bhd., kedai utama ini telah pun memulakan khidmat jualan serta selepas jualannya. Rangkaian motosikal Classic, Bullet, dan Rumbler telah pun tersedia dengan lebih banyak model akan tiba pada masa yang akan datang.