Desas desus mengatakan bahawa model R 1250 GS yang baharu akan dijana oleh sebuah enjin Boxer baharu dengan pemasaan injap boleh laras. Satu video promosi telah muncul di atas talian mengesahkan khabar angin tersebut. Video itu juga telah menunjukkan bagaimana teknologi “Shift Cam” berfungsi serta rupa GS yang baharu.