MotoGP Amerika Syarikat 2018: Maverick Viñales Duduki Petak Pertama Di Amerika Syarikat

Penunggang bagi pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Maverick Viñales, telah diangkat ke Petak Pertama. Penunggang bagi pasukan Repsol Honda, Marc Marquez, telah menetapkan masa terpantas namun akan bermula dari tempat ke-empat setelah dia dikenakan dengan hukuman tiga tempat di atas grid. Andrea Iannone (Team Suzuki Ecstar) dan Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) melengkapkan barisan hadapan.