Elak Buat Tempahan X50 Dari Pihak Ketiga – Proton

Umum mengetahui Proton X50 semakin hampir untuk dilancarkan di Malaysia dan walaupun tiada harga rasmi didedahkan Proton telah pun menerima lebih daripada 20,000 tempahan setakat ini. Bagaimanapun, sambutan memberangsangkan itu turut mengundang pihak ketiga untuk cuba mengaut keuntungan atas angin. Pihak ketiga ini mendakwa diri mereka sebagai ejen Proton atau mempunyai kaitan dengan Proton demi…

Harga Belum Umum, Proton Sahkan Terima 20,000 Unit Tempahan X50

Proton mengesahkan telah menerima lebih 20,000 unit tempahan Proton X50 meskipun harga rasmi model itu masih belum diumumkan. Perkara itu disahkan sendiri Pegawai Eksekutif Proton EDAR, Roslan Abdullah. ““Pihak Proton ingin berterima kasih kepada para pelanggan yang menunjukkan minat yang amat tinggi kepada Proton X50. Kami di Proton akan memberi tumpuan kepada proses pengeluaran untuk…

Proton X50: Segala Yang Kita Tahu Kecuali Harga – 177hp, 250Nm!

Kami menghadiri sesi ujian media bagi model ternanti-nanti Proton X50 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam. Acara tersebut memfokuskan pada tiga aspek utama; prestasi, pemanduan dan ciri keselamatan. Antara ciri pertama yang didedahkan adalah Proton X50 ini akan didatangkan dengan dua varian enjin, 1.5L turbo dan 1.5L TGDi (turbo gasoline direct injection). Kedua-dua varian enjin ini…

Saga Dan X70 Bantu PROTON Rekod Jualan Tertinggi Dalam Tempoh 8 Tahun

Penjualan kenderaan bagi pasaran tempatan semakin meningkat susulan insentif pengecualian cukai diperkenalkan kerajaan dengan PROTON mendominasi pasaran jualan lebih 63.2 peratus. PROTON berjaya menjual lebih 13,216 unit kenderaan pada Julai tahun ini, rekod tertinggi dalam tempoh 8 tahun sejak 2012. Empat model muncul tarikan utama pembeli dengan Proton Saga sekali muncul kenderaan segmen-A paling popular…

PROTON Tawar Pakej Khas Untuk Graduan Miliki Kereta Pertama

PROTON mengumumkan kempen khas bagi menawarkan graduan peluang untuk memiliki kereta pertama menerusi kadar pinjaman rendah Hire Purchase (HL). Graduan yang berminat hanya perlu memiliki surat tawaran pekerjaan dan slip gaji satu bulan bagi melayakkan diri untuk pinjaman di bawah kempen Fresh Graduate ini. Kadar ditetapkan serendah 2.98 peratus oleh Proton Commerce Sdn Bhd (PCSB)…

Pengecualian Cukai Penjualan, Proton Tawar Diskaun Sehingga RM7,000!

Selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan dengan pengecualian cukai penjualan, Proton menawarkan diskaun sehingga RM7,0000. Disebabkan kesemua model dipasang secara tempatan sekaligus menjadikan model Proton layak mendapat pengecualian cukai 100 peratus berbanding unit import (CBU) yang hanya layak menerima 50 peratus pengecualian. Rujuk senarai harga baharu di bawah selepas pengecualian cukai:

Proton Saga Model Pilihan Malaysia Bagi Bulan Mei – PROTON

Semua pihak terkesan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 termasuk pengeluar kereta nasional, PROTON. Bagaimanapun, sebaik industri automotif kembali beroperasi dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, PROTON mula menampakkan tanda awal pemulihan jualan. Dalam satu kenyataan, PROTON mendedahkan telah menjual lebih 5,676 unit kereta bagi bulan Mei…

PROTON Bakal Hasilkan 6,000 Pelindung Muka Untuk Barisan Hadapan!

Selepas menyerahkan 50 unit Proton X70 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beberapa minggu lalu, PROTON kini meningkatkan usaha dengan menghasilkan pelindung muka bagi petugas barisan hadapan. PROTON bakal memulakan penghasilan pelindung muka di Shah Alam dengan pemasangan akan dilakukan oleh staf PROTON yang menawarkan diri untuk membantu. Pengeluar kereta nasional pertama negara itu mensasarkan penghasilan…