Sebuah Proton Saga berusia 32 tahun telah berjaya merangkul anugerah ‘Concours de l’Ordinair’di Festival Hagerty UK 2021. Festival tersebut menyaksikan lebih 50 kereta klasik merebut anugerah kereta paling ‘biasa’ yang berlangsung di Grimsthorpe Castle terletak di Lincolnshire. Menariknya, anugerah itu berjaya dimenangi sebuah Proton Saga 1.5GL Black Knight Edition milik Jon Coupland yang merupakan seorang…
Tag: Proton
Varian Proton X70 kini diperkembangkan dengan edisi Special Edition yang terhad kepada 2,000 unit sahaja untuk pasaran tempatan. Proton X70 SE ini dikuasakan enjin 1.8L TGDi dengan transmisi 7-kelajuan sama seperti varian Premium 2WD. Bagaimanapun, perbezaan ketara tampil menerusi rekaan luar dan kemasan di ruang dalam yang menonjolkan lagi rupa X70 SE ini terutamanya pemilihan…
Proton dengan rasminya melancarkan Iriz dan Saga R3 Limited Edition serta Exora dan Persona Black Edition untuk pasaran tempatan, hari ini. Empat model edisi khas ini meneruskan kesinambungan atas kejayaan Saga Edisi Ulang Tahun dengan 1,100 unit habis dijual kurang lima hari selepas pelancaran. Proton Persona dan Exora Black Edition Kedua-dua model ini didatangkan dengan…
Sempena meraikan sokongan rakyat Malaysia terhadap jenama nasional, PROTON bakal memperkenalkan Iriz, Saga, Persona dan Exora Special Edition (SE) pada 18 Februari ini. Menurut PROTON, kesemua model terlibat akan dipertingkat dengan elemen unik di bahagian luar dan dalam. Orang ramai juga berpeluang membuat tempahan model SE ini pada tarikh pelancaran. Sebelum ini, PROTON telah pun…
Proton berjaya mengatasi penjualan pada 2019 dengan lebih 109,716 unit direkodkan bagi tahun 2020. Angka itu menyaksikan Proton mencatat peningkatan jualan lebih 8 peratus (daripada 100,821 unit terjual pada 2019) meskipun pengeluaran kenderaan dihentikan selama dua bulan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Model yang menggerakkan penjualan bagi tahun 2020 adalah Persona, Iriz, Exora dan Saga…
Dengan tahun 2020 semakin melabuhkan tirai, Proton terus mencatatkan peningkatan penjualan kukuh dengan 11,411 unit telah pun dijual pada November. Angka itu menyaksikan peningkatan lebih 18 peratus berbanding bulan sama 2019 sekaligus menyumbang kepada 96,410 unit yang telah pun terjual setakat ini. Menurut Proton, meskipun penjualan November turun sedikir berbanding Oktober namun terdapat peningkatan dalam…
Proton akhirnya mengumumkan harga rasmi bagi Proton X50 menerusi pelancaran secara strim langsung, hari ini. Selepas lebih sebulan mendedahkan maklumat tentang spesifikasi, enjin, prestasi dan ciri keselamatan, akhirnya Proton melancarkan X50 secara rasmi termasuk harga. Antara ciri pertama yang didedahkan adalah Proton X50 ini akan didatangkan dengan dua varian enjin, 1.5L turbo dan 1.5L TGDi…
Pada 14 Oktober lalu, PROTON mengesahkan salah seorang daripada kakitangan di Shah Alam telah positif Covid-19. Kini, pengeluar kereta nasional itu mengesahkan (dalam satu kenyataan media) susulan daripada satu kes itu, 49 kakitangan lagi telah disahkan positif Covid-19 dengan kesemuanya daripada Divisyen Kejuruteraan di Shah Alam. Sehubungan itu, Proton telah pun mengarahkan kakitangan bahagian perkhidmatan…
Proton memaklumkan bahawa seorang kakitangan di Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Shah Alam telah didapati positif Covid-19. Menurut kenyataan, pekerja terbabit telah dihantar ke pusat rawatan kerajaan sejurus selepas keputusan positif itu diketahui. Sehubungan itu, Proton mengambil langkah proaktif dengan mengikut semua garis anduan ditetapkan kerajaan dalam usaha mengurangkan risiko penularan antaranya mengesan aktiviti kontak dari…