Pada setiap tahun, kelas Moto3, Moto2, dan MotoGP akan mengadakan ujian pra musim. Antara ujian-ujian pra musim ini, perhatian yang lebih teliti telah diberikan kepada kelas MotoGP. Ianya teramatlah penting pada masa ini oleh kerana adanya had terhadap pengujian dan pembangunan sewaktu musim sedang berjalan.
Tag: pre-season test
Ujian Valencia Moto2, Moto3 2018: Usaha Zulfahmi Khairuddin dan Adam Norrodin Dibantutkan Oleh Cuaca
Ujian pra musim Moto2 dan Moto3 2018 telah berlangsung baru-baru ini di Valencia. Ketiga-tiga hari ujian berkenaan telah dibantutkan oleh hujan yang telah menyebabkan litar menjadi sejuk. Penunggang dari Malaysia, Zulfahmi Khairuddin (Moto2) dan Adam Norrodin (Moto3) meluangkan masa tersebut menyesuaikan diri dengan jentera masing-masing.