Stesen minyak Petronas Solaris Besraya Serdang telah dibuka semula selepas insiden yang berlaku semalam. Beberapa buah kenderaan telah dilaporkan mengalami kerosakan setelah membuat isian semula di stesen berkenaan. Siasatan mendapati bahawa air telah meresap masuk ke dalam tangki simpanan bawah tanah stesen tersebut.