Perkhidmatan e-panggilan teksi motosikal, Dego Ride, telah diberi amaran untuk menghentikan operasi. Pihak kerajaan tidak membenarkan perkhidmatan itu untuk diteruskan demi keselamatan. Ianya telah dilaporkan bahawa Dego Ride telah memulakan kembali perkhidmatan mereka pada minggu lalu setelah diarahkan untuk berhenti oleh kerajaan sebelum ini.