Seorang guru sekolah telah dikenal pasti sebagai salah seorang daripada kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang didapati menunggang secara berbahaya di Jambatan Pulau Pinang, baru-baru ini. Menurut laporan akhbar tempatan, suspek yang memuat naik video tersebut pada 13 Disember 2021 dikesan berada di Kuala Lumpur. Tambahan lagi, salah seorang daripada penunggang motosikal terbabit merupakan seorang…
Tag: pdrm
Polis sedang mengesan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi yang didapati menunggang secara berbahaya di jambatan kedua Pulau Pinang. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal yang turut memaklumkan nombor pendaftaran motosikal yang dirakam melakukan aksi ‘wheelie’ juga telah dikenal pasti. “Satu laporan diterima dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1)…
Pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki bertindak membaling sepana ke arah sebuah kenderaan dalam satu insiden di Jalan Kuching, pada Isnin. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai. “Hasil semakan, suspek tiada rekod kesalahan lampau, kita akan memohon reman esok bagi membantu siasatan,” katanya. Berdasarkan rakaman yang…
Seorang pelanggan telah bertindak menikam pemilik bengkel motosikal menggunakan senjata tajam dalam satu kejadian yang berlaku di Pekan Titi Serong, Parit Buntar, Perak. Mangsa, yang berusia 43 tahun disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar. Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman, yang turut memaklumkan kejadian berlaku ekoran suspek…
Polis Johor Bahru Utara telah menahan seorang lelaki yang dirakam menunggang motosikal secara merbahaya sambil membonceng seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anaknya. Aksi ‘wheelie’ lelaki tersebut turut tular di media sosial. Penahanan lelaki tersebut telah pun disahkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid. Lelaki terbabit didapati melakukan aksi wheelie sambil menunggang motosikal…
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu sekumpulan pemilik kereta yang didapati berlumba antara satu sama lain menerusi satu rakaman video ‘dashcam’ yang tular di media sosial. Menurut Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superitendan Dr Bakri Zainal Abidin, kenderaan yang terbabit akan disita untuk tempoh panjang sementara pemandu akan dikenakan…
Baru-baru ini tular rakaman video memaparkan sekumpulan motosikal kapcai yang bertandang ke Langkawi telah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu operasi. Operasi tersebut menyaksikan beberapa anggota telah ditempatkan di tapak mendarat feri ke Langkawi. Berdasarkan video berdurasi 13 saat itu jelas menunjukkan konvoi motosikal kapcai ditahan sebaik tiba di Dermaga Tanjung Lembung, Langkawi. Menurut…
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun bayaran balik saman sehingga 80 peratus sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Menurut info dikongsikan, PDRM menawrakan diskaun hingga 80 peratus bagi saman dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja. Namun, pengguna jalan raya masih menikmati diskaun sehingga 70 peratus bagi…
Polis sedang mengesan pemandu Proton Persona yang didapati memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan arah ke Shah Alam seperti yang tular di media sosial. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid yang turut memaklumkan satu laporan telah dibuat dan insiden itu kini dalam siasatan. “Kita minta pemilik kenderaan…