Indian Motorcycle Memanggil Semula Motosikal Mereka Yang Hidup Secara Sendirinya?

Indian Motorcycle kini dalam proses memanggil semula 3,341 buah motosikal di Amerika Syarikat yang mana ianya dikatakan berkemungkinan mampu untuk hidup secara sendirinya. Isu ini dikatakan disebabkan oleh hakisan yang mungkin terjadi di dalam suis kombinasi kanannya. Beberapa rangkaian motosikal Indian Chief, Chieftain, Springfield, dan Roadmaster 2018 telah dikenalpasti mengalami isu ini.